Friday, July 30, 2010

Keladi Sumbat Udang



Hari ni kwn cuti beristirehat setelah bergelumang dengan keje-keje yang berlambak di ofis.... Badan dan otak kena jugak rehat.... Naik dah nak termuntah dok tengok nombor dan kertas di ofis.... Tengahari ni kwn terpandang keladi yang kwn beli dari pasar tani minggu lepas.... Nak wat goreng dah rasa jemu dah.... Nak wat talam keladi santan pulak tak der.... Dok fikir-fikir baru teringat ada udang dalam peti beku.... Kwn baru teringat rancangan Ho Chak tiap hari Ahad tu ada tunjuk masakan orang cina iaitu keladi digoreng balut bersama dengan udang....

Macam sedap je.... So kwn nak cuba try tentu sedap.... Kwn pun rebus keladi sampai lembut dan lecekkan.... Jadi kwn campur tepung, telur, lada hitam dan bahan-bahan lain macam kita wat begedil tapi kita balut adunan tu pada udang biar ekor je yang terjuntai keluar.... Lepas tu gorengkan.... Alamak bila rasa sedapnye.... Kengkawan blogger di sana cuba try wat yek....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails