Sunday, March 13, 2011

Kursus Di Woodland Resort, Taman Negara Jerantut


Berendam dalam air beramai-ramai lepas aktiviti team building

Assalamualaikum.... Dalam musim hujan lebat ni kwn semakin terasa malas nak update blog ni.... Ni pun dimasukkan N3 dah lama punye tapi saja wat tontonan kengkawan semua.... Pada bulan Februari lepas kwn dan rakan-rakan ofis gi kursus pengurusan kewangan di Woodland Resort, Taman Negara, Jerantut.... Malu nak story kwn ni tak pernah jejak kaki ke Taman Negara walaupun kampung kwn di Jerantut.... Kursus tu diadakan oleh Ibupejabat JKR Pahang selama 2 hari ni untuk memantapkan lagi kemahiran dan mengetahuan tentang tugas sebagai kerani kewangan.... Kwn ni jenis tak malu nak mengaku yang kwn ni keje sebagai kerani tak le sesetengah org tu.... Bila dah naik pangkat je terus malu nak mengaku pernah keje jadik kerani bawahan dulu.... Bukan mengutuk tapi itulah realiti kehidupan sekarang.... Kursus ni bagus jugak diadakan kerana boleh merapatkan silaturahim antara kerani-kerani kewangan di seluruh JKR Pahang....
Tempat menginapan kt sini memang best semua keperluan ada.... Cuma nak sampai ke resort ni memang la jauh ke dalam.... Puas jugak la kwn duduk dalam kereta sampai naik bosan bila nak sampai ke destinasi tu.... Selain daripada kursus ada juga program team building dimana kami akan menaiki bot merentasi sungai yang arusnye laju.... Kwn ni mengaku la takut sikit dengan air maklum pernah pengalaman hampir lemas kat kolam renang masa kecik-kecik dulu.... Rakan-rakan ofis cakap seronok giler sampai habis basah satu badan kena percikan air masa bot laju.... Makanan pun boleh tahan jugak sedapnye.... Kalau makan tengahari biasenye dihidangkan cara kampung.... Makan malam kami dihidangkan BBQ sampai makan tak ingat dunia.... Seronoknye jadik kengkawan kalau nak bercuti datanglah ke Taman Negara berbaloi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails