Wednesday, December 15, 2010

Hari Paling Bermakna.......


Salam semua dan salam 1 Malaysia.... Dah naik sawang dah blog kwn ni.... Tapi tak pe kengkawan di sana setia menunggu akan story baru kan.... Bulan ni merupakan bulan yang cukup bermakna memandangkan bagi tahun baru Islam berlakunya 2 peristiwa bersejarah dan bermakna terhadap keluarga kwn....
Pada Awal Muharam yang lepas pada 7 hb Disember 2010 bapa saudara kwn iaitu Dato' Haji Hamid bin Haji Abd Rahman ( Bekas Hakim Mahkamah Syarie Pahang ) telah dicalonkan oleh Kerajaan Pahang menerima Tokoh Maal Hijrah pada tahun ni.... Kwn cukup surprise jugak bila baca dalam surat khabar terpampang muka beliau menerima tokoh tersebut.... Kwn tumpang gembira dan tahniah kat beliau....
Manakala semalam 14hb Disember pulak kwn telah mendapat jemputan ke Dewan Tun Razak , Temerloh untuk menghadiri Hari Inovasi JKR Pahang 2010.... Semalam kwn telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.... Seramai 8 org rakan sepejabat menerima anugerah tersebut.... Anugerah tesebut disampaikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Dato' Ir. Rosman bin Yahya.... Ramai jugak yang hadir ke dewan tu.... Kwn dapat jumpa rakan-rakan lama yang dah lama kwn tak jumpa sejak kwn dah bertukar ke Kuantan 2 tahun yang lepas.... Berborak sampai tak ingat nak bik gambar bersama.... Pada hari tu jugak diberitahu siapa pemenang dan penerima Anugerah Kualiti dimana pertandingan ni setiap tahun di buat oleh JKR Pahang untuk setiap jabatan JKR di seluruh Pahang menjalankan pengurusan dan pentabiran terbaik.... Pada tahun ni Juara keseluruhan pengurusan terbaik jatuh kepada JKR Daerah Jerantut.... Kwn tumpang gembira maklum Jerantut kan kampung kwn.... Habis dibolot hampir separuh katogeri yang dipertandingkan.... Ofis kwn cukup-cukup makan jek.... Bagi kwn semua bergantung kepada usaha, semangat berpasukan, jujur, amanah dan rajin dalam bekerja.... Ada semua tu akan beroleh kejayaan.... Lagi satu ketua pegawai yang mentadbir sesebuah jabatan harus ada keyakinan diri dan ingin melihat jabatannya berada ditahap terbaik demi nama baik jabatannya.... Betul tak?
Tapi apa yang berlaku separuhnya terlalu mementingkan diri sendiri dapat naik pangkat, gaji mahal, hidup mewah cukup.... Pejabat lantak lintang pukang tau keje mesti siap on time dan beres jek.... Ialah pegawai macam ni tau diaorg takkan bekerja terlalu lama di satu-satu jabatan jadi mereka ni tidak mengambil endah akan kemajuan jabatan.... Maju untuk diri sendiri, dapat gaji tiap-tiap bulan sudah !!!!!! Org yang tidak memikul tanggungjawab dan amanah diberikan jawablah sok di akhirat nanti.... Ya Allah jgnlah kau jadikan kwn ni salah seorang daripada mereka ni.... Mintak dijauhkan.... Amin....

Wednesday, December 1, 2010

Kuih Bingka Ubi Kayu




Salam kengkawan semua.... Diharap sihat sejahtera.... Maklum sekarang ni musim org demam selsema, batuk dan demam denggi.... Ahad minggu lepas tiba-tiba kwn ni terasa kempunan pulak nak makan Kuih Bingka Ubi Kayu, maka kwn ajak adik gi ronda ke pasar tani pagi tu semata-mata nak cari ubi kayu.... Ha nasib baik la jumpa jugak ubi kayu besor-besor kat gerai makcik ni.... Beli tak le banyak sangat cukup-cukup nak wat kuih je....
Tengahari tu kwn pun kupas dan sagat ubi kayu tu.... Hai punya la letih tapi krn nak makan kuih punya pasal wat jugak.... Kuih ni lagi la sedap kwn guna gula kabung yang di beli kat Jerantut oleh makcik mak kwn.... Guna gula kabung memang sedap tu sebab kalau wat dodol mesti wat dengan gula kabung, jarang guna gula merah.... Tapi tau-tau je le harga memang mahal.... Ok cerita balik pasal kuih bingka ubi kwn wat sukatan separuh dari yang asal.... Bukan apa takat 3 org je yang nak makan tak yah wat bnyk-bynk.... Rupa tak la berapa menarik tapi yang pasti rasanya hemmm menjilat jari....

Monday, November 29, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Ikan Tenggiri boleh dikatakan semua bahagian memang sedap dimakan.... Selalunya ramai org suka masak kari kepala ikan.... Isinya pulak sedap digoreng begitu sahaja, masak merah atau di wat bebola ikan pun boleh jugak.... Ekornya kalau bakar pun sedap cecah pulak dengan air asam hoi terangkat.... Tapi kwn rasa nak tukar la pulak menu ekor ikan tenggiri masak asam pedas.... Bukan pe itu je le bahagian ikan yang ada.... Rencahnya pun takat diletakkan daun kesum dan terung je.... Kira asam pedas kwn ni simple je....

Ayam Masak Merah


Salam sejahtera semua.... Kembali menjengah blog kwn yang telah menyepi sekian lama.... Tapi tak lama sangat pun bukannya sampai 1 tahun kan.... Kwang kwang kwang.... Bukan pe maklum sekarang kan musim kerajaan bahagian financial sibuk nak tutup akaun ni makanya jabatan kwn dok sibuk hantar kakitangannya berkursus yang mana tidak menepati sasaran 7 hari berkursus dalam setahun.... Termasuk la kwn sendiri kena jugak.... Nak wat macamana kita kan menurut perintah ikut je le.... Asalkan borang penilaian nanti tak le kosong tak berisi.... Lagi pun adat la jabatan nak habiskan duit peruntukkan.... Betul tak?
Kebetulan minggu lepas ada kwn lama dari Bera datang ke rumah jadinya hajat dihati nak wat nasi minyak..... Maka lauk utama mestilah Ayam masak merah.... Lagi pun memang lauk kegemarannya dari zaman bujang beliau lagi.... Kwn masak ayam tu agak berkuah sikit tak la kering sangat nak makan dengan nasi minyak nanti.... Hoi berselera jugak makan bersama-sama al maklum lama dah tak jumpa.... Kalau berborak memang tak ingat dunia.... Al hamdullilah kwn cakap masakan kwn sedap....


Thursday, November 11, 2010

Karipap Daging Frozen


Hai.... Cuaca agak mendung bila petang je mesti hujan lebat.... Jgn hujan tak berhenti selama 2 hari je alamatnye takut banjir.... Kesian dengan nasib saudara-saudara kt Perlis dan Kedah.... Banjir yang melanda agak teruk jugak dah ramai yang kehilangan nyawa.... Memang tak dinafikan sekarang dah memang musim hujan maka kena lah berjaga-jaga....

Hari Ahad lalu kwn tak sempat nak masukkan N3 tentang aktiviti kwn hujung minggu dengan keadaan mendung dan hujan terasa perut lapar pulak.... Kwn decide nak wat karipap frozen untuk stok musim hujan ni.... Kwn telek-telek dalam peti sejuk ade daging cincang yang kwn beli di Pasaraya Pantai Selamat mula-mula plan nak wat masak spagetti tapi tak jadi.... Takut daging tu tak elok baik kwn wat inti karipap.... Banyak jugak kwn wat doh kulit karipap maklum nak wat stok.... Puas jugak mengulinya naik lenguh di watnya.... Nak seribu daya tak nak seribu dalih.... Tapi kalau di tengokkan rupa karipap kwn ni cukup mengelembung padat semacam.... Kwn saja isi intinya agak penuh sikit boleh la makan untuk keluarga.... Tapi kalau nak wat niaga atau menjual mau-mau sebijik harga RM0.50.... Tapi mengenangkan kena menguli bertan-tan tepung doh tu baik kwn wat untuk nak makan wat keluarga je....

Saturday, October 30, 2010

Hati Goreng Cili Api



Cuaca cukup mendung dan tengahari tadi hujan turun lebat sekali.... Letih kwn bekejo mengangkat kain di ampaian.... Petang ni pukul 6.00 ingat nak turun jalan-jalan ke bandar gi depan bangunan Mara biasa le hari Sabtu de pasar malam.... Saje ronda-ronda, jamu mata dan rindu dah nak makan nasi goreng kangkung bundle dan tahu bakar.... Harap-harap jangan hujan lagi sudah.... Malam ni dinner nak masak hati kerbau yang dibeli di pasar tani minggu lepas.... Ingat nak goreng cili api je.... Potong bawang besar, lada, titik serai, tumbuk cili api lepas tu goreng hati tu bukan susah sangat.... Masak pun tak yah lama-lama takut nanti keras pulak hati tu.... Jangan kwn keras hati sudah....

Friday, October 22, 2010

Sayur Goreng je.......


Ada satu masa dan ketika kita kadang-kadang dilanda ketandusan resipi atau menu apa utk dimasak hari ni.... Tidak ketinggalan juga dgn kwn yang dah habis idea nak masak utk makan malam ari ni.... Masa balik tadi singgah kat pasaraya dok tawaf tempat sayur hemmmm tak dek yang menarik... Balik-balik sayur sawi, kangkung, bayam, timun, kacang buncis, kacang botol, peria dan terung.... Dah habis tawaf last-last bik la si sayur sawi dan udang sikit untuk dinner tonight.... Maka kwn goreng sayur sawi dan ikan je.... Cukup la untuk 3 beranak makan.... So takat ni N3 kwn yek....

Wednesday, October 20, 2010

Pankek


Salam sejahtera semua.... Bertemu kita kembali pada ari ni.... Aktiviti ari ni tak le sehebat hari biasa, maklum cuaca yang agak mendung dan suram.... Hemmm d Johor pun dah diserang kes jerebu.... Nasihat kwn pakai la topeng muka bagi mencegah takut jugak nanti terkena pelbagai penyakit nanti.... N3 ni sebenarnya dah lama kwn rancang nak masukkan tapi tak berkesempatan atas sebab yang tak dapat dielakkan.... Maka ari ni baru kwn berpeluang nak berkongsi N3 dengan kwn-kwn semua.... Hari isnin yang lepas kwn terasa rajin nak wat breakfast yang sihat lagi sedap.... Kwn wat pankek pada ari tu.... Kwn cilok resipi rakan blogger tapi dah tak ingat dah apa namanya.... Asal nama resipi tu Pankek USA tapi bila kwn wat tak gebu pun mcm pankek usa dalam gambar tu.... Tapi walaupun rupa pankek tu tak tercapai yang di inginkan tapi rasanya cukup sedap.... Lembut dan manis-manis buah je.... Oooop angkat bakul sendiri nampak.... Sekali imbas mcm pankek orang malas jek.... Layan je la....

Friday, October 15, 2010

Sambal Tumis Udang


Semalam kwn tidur termimpikan makan udang.... Cuma tak ingat makan udang masak apa.... Petang ni kwn balik dari keje terbau mak kwn masak sambal tumis.... Kwn pon gi ke dapur tup-tup wow mak kwn masak sambal tumis udang.... Mcm tau-tau je mimpi kwn ni.... Kwn pun story kat mak, dia senyum simpul je.... Ia le naluri seorang ibu boleh baca kehendak dan keinginan anaknya.... Agaknye kot....
Sambal tumis udang ni di tumis kering sikit.... Mak kata biar kering sikit tak le berminyak sangat.... Penat pun hilang bila tau mak masak udang hari ni.... Bestnya lagi kwn off la kena masak hari ni.... Alangkah seronoknya semua dah siap dimasak oleh mak tersayang.... Sesekali apa salahnya nak jugak merasa air tangan ibuku.... So layan je le yek....

Wednesday, October 13, 2010

Masak Lemak Sayur Rebung dengan Sayur Pucuk Manis


Hari ni untuk makan malam kwn masak sayur rebung dengan sayur pucuk manis.... Santan ada lebih dalam peti sejuk jadi ingat kwn masak lemak je sayur-sayur ni.... Kwn beli kat pasar besar minggu lepas.... Dicari sayur maman tak dek mungkin bukan musimnya jadi hemtam beli la sayur rebung yang dah sedia dicincang hanya tinggal kwn celur je kat rumah.... Mak kwn kalau ada sayur rebung, sambal belacan dan ikan masin laju je makan nasi.... Kwn kalau ikan masin tolak tepi not my favorite.... Tak minat benda masin terus terbantut selera jawabnya.... So kengkawan selamat dinner bersama keluarga....

Tuesday, October 12, 2010

Baju Jahit Manik Dah Siap Daaaaa......




Salam semua.... Sebenarnya kwn nak cerita kepada kengkawan baju kurung pink ni dah lama dah siap dijahit manik.... Kwn hantar ke Yana Farhana dari dare2beads.blogspot.com untuk dijahit manik.... Kwn rancang baju ni untuk dipakai masa hari perkahwinan sepupu kwn pada bulan Disember ni nanti.... Kwn mintak Yana jahit manik di tangan dan badan baju.... Harga upah menjahit cukup berbaloi dengan hasil jahitannya.... Kwn cukup berpuas hati dengan hasil tangannya.... Tah bila la kwn nak pandai menjahit manik eksklusif mana ni.... Maklum je le kwn mana la ada masa nak bertumpu sepenuh masa dengan menjahit.... Sedangkan nak menjahit baju sendiri pun ambik berminggu-minggu nak siapkan.... Naik berpusing bijik mata nak menjahitnya.... Kwn kagum dengan kengkawan blogger yang pandai menjahit ni diorang cukup berkemahiran dan rekaan corak manik cukup mengagumkan dan unik....

Friday, October 8, 2010

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api


Menu hari ni yang dinanti-nantikan akhirnya dapat jua kwn sediakan untuk makan malam.... Dah lama jugak kwn tak wat resipi ni.... Minggu lepas kwn ke pasar tani beli ayam kampung walaupun harganya mahal tapi rasa dagingnya lagi sedap dari ayam bandar.... Jadi teringin pulak nak masak ayam kampung masak lemak cili api.... Maklum dah lepas puasa ni mula tekak terasa nak makan menu bersantan dan berlemak.... Masa puasa tak pulak.... Macam-macam kerenah kwn ni.... Kwn dan keluarga memang tak sah berlaukkan pedas, kalau tak rasa macam ada kekurangan dalam masakan tu.... Jadi kepada kengkawan di sana selamat makan malam dan menjamu selera yea....

Wednesday, October 6, 2010

Sup Sayur Bayam


Salam kengkawan semua.... Bertemu kita kembali.... Hari ni kwn tak berapa sihat di mana kwn sakit tekak hingga suara pun serak-serak basah macam rockers dan kadang-kadang tak terkeluar suara langsung.... Tekak terasa gatal semacam hinggakan rakan-rakan ofis pun naik risau dok asyik batuk je.... Nak makan lauk bergulai, berlemak, berlada pun dah tak boleh kwn nak telan.... Jadi kwn hari ni terasa nak masak sup sayur bayam ( jadik popeye la pulak.... ).... Sayur Bayam banyak khasiatnye terutama untuk gigi tapi memandangkan daunnye lembut jadi sesuai sangat untuk ditelan memandangkan kwn yang tengah sakit tekak ni.... Untuk menyedapkan dan menaikkan selera kwn campurkan dengan fish ball dan tahu kering.... Boleh la tu asalkan dapat membuka selera kwn untuk makan malam hari ni....

Tuesday, September 21, 2010

Nasi Lemak


Salam kengkawan semua.... Selamat Hari Raya dan tentu kengkawan sekarang musim sibuk wat open house atau rumah terbuka.... Kwn pun dah naik tembam balik dok dapat pelawaan open house atau jamuan hari raya baik kwn-kwn dan jugak beberapa jabatan kerajaan yang lain....

Pagi ni kwn teringin pulak nak wat nasi lemak untuk makan sarapan pagi.... Lepas subuh kwn siap-siapkan bahan untuk wat nasi lemak.... Bahan-bahan pun tak le susah nak siapkan, bahkan tak ambil masa yang lama untuk watnya.... Sekarang dah senang nak tanak nasi lemak pun pakai rice cooker.... Mudah, senang dan cepat.... Lauk pun just goreng ayam je.... Lepas ni rancang nak puasa 6 dan ganti puasa pulak.... Makan dok makan jugak tapi jangan lupa kewajipan kita mengganti puasa tu.... So selamat bersarapan pagi kengkawan semua....

Monday, September 13, 2010

Dekorasi Suasana Hari Raya



Kwn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambutnya.... Kwn ingin berkongsi bersama-sama kengkawan dekorasi rumah yang kwn dan mak kwn wat sempena menyambut raya ni.... Tema kwn raya tahun ni adalah ala-ala english roses dan orkids.... Kwn tak nak la nampak sarat sangat deko english maklum ruang rumah kwn yang terhad.... Yang penting sedap mata memandang....

Sunday, September 12, 2010

Kek Kukus Coklat Moist


Salam semua.... Sempat lagi kwn membuat kek kukus coklat malam sebelum raya.... Terasa teringin nak makan kek coklat jadi kwn pun wat la bukan susah pun main campak je adunan tu lepas tu kukus.... Tentu ramai kengkawan sibuk wat kek sempena raya ni.... Di pasaran pun berlambak macam-macam jenis kek buah, kek lapis rempah, kek prune, kek marble dan bermacam-macam lagi la.... Tahun ni kwn wat kek oren, kek buah, kek lapis asam dan kek kukus coklat.... Jadi sesiapa yang minat kek kukus coklat ni sila la jamu mata yek....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum kengkawan.... Kwn dan keluarga ingin mengucapkan kepada kengkawan jauh atau pun dekat disana selamat menyambut " Selamat Hari Raya Aidilfitri ".... Sempena menjelangnya bulan Syawal ni kwn dan keluarga ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kengkawan jikalau sepanjang berblogger ni adanya kwn terkasar bahasa ataupun terguris hati....

Sunday, August 22, 2010

Projek II dah siap da.....



Salam semua di pagi Isnin ni.... Semoga didoakan hari ni didatangkan keceriaan dan dimurahkan rezeki kepada umat Islam dimana jua anda berada.... Ingat lagi tak N3 pasal Projek II yang kwn dok sibuk nak siapkan tu.... Ha alhamdullillah kwn dah pun berjaya menyiapkan baju kwn dijahit sulam manik tu.... Corak contoh jahitan kwn ambik dari yashabeads.blogspot.com.... Minat sangat dengan coraknya.... Walaupun tak berapa cantik hasilnya macam kengkawan blogger yang dah expert jahit manik tapi kwn cuba dan puas hati dengan hasilnya.... Jadi kwn ingin berkongsi hasil tangan kwn dengan kengkawan....
Jom layan je....

Pengumuman

Assalamualaikum semua.... Hari ni kwn nak wat pengumuman kepada kengkawan blogger.... Kwn dah ada blog baru dimana sesiapa yang berminat untuk menempah coklat, cupcake atau popcake silalah layari blog kwn iaitu " maizsweetouch.blogspot.com ". Wat takat ni kwn hanya menerima tempahan sekitar semenanjung malaysia je.... Jadi bagi sesiapa yang berminat boleh layari blog kwn semua info ada didalamnya.... Jumpa lagi....

Thursday, August 19, 2010

Chair Cover




Salam kengkawan semua.... Kembali aktif setelah menyepikan diri.... Hari ni dah terima bungkusan dari Kak Halina dari Terengganu iaitu Chair Cover yang kwn tempah dari bulan 3 lagi.... Kwn tempah dalam 6 helai semuanya.... Yang bestnya chair cover tu dijahit bunga riben ros.... Bukannya tak tau kwn kan suka bunga ros.... Tempahan tu nak kain warna cream dan riben bunga combination warna pink dan merah.... Hasilnya cukup lawa seperti kehendak kwn.... Thanks kat Kak Halina jahitkan untuk kwn.... Selamat menjamu mata....

Tuesday, August 10, 2010

RAMADAN AL-MUBARAK

" Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.... Semoga bulan mulia ini kita memperbanyakkan amalan ibadah kita dunia dan akhirat.... Amin.... "

Friday, July 30, 2010

Keladi Sumbat Udang



Hari ni kwn cuti beristirehat setelah bergelumang dengan keje-keje yang berlambak di ofis.... Badan dan otak kena jugak rehat.... Naik dah nak termuntah dok tengok nombor dan kertas di ofis.... Tengahari ni kwn terpandang keladi yang kwn beli dari pasar tani minggu lepas.... Nak wat goreng dah rasa jemu dah.... Nak wat talam keladi santan pulak tak der.... Dok fikir-fikir baru teringat ada udang dalam peti beku.... Kwn baru teringat rancangan Ho Chak tiap hari Ahad tu ada tunjuk masakan orang cina iaitu keladi digoreng balut bersama dengan udang....

Macam sedap je.... So kwn nak cuba try tentu sedap.... Kwn pun rebus keladi sampai lembut dan lecekkan.... Jadi kwn campur tepung, telur, lada hitam dan bahan-bahan lain macam kita wat begedil tapi kita balut adunan tu pada udang biar ekor je yang terjuntai keluar.... Lepas tu gorengkan.... Alamak bila rasa sedapnye.... Kengkawan blogger di sana cuba try wat yek....

Thursday, July 29, 2010

Faux Cake



Salam kengkawan semua.... Hari ni cuaca nampak baik je di Kuantan.... Kwn hari menerima bungkusan poslaju dari Akak Irdayu blogger irdayu.blogspot.com kalau tak silap kwn la.... Kalau tersilap harap maaf ye akak.... Akak ni cukup famous wajah dia dah muncul dalam Wanita Hari Ini dan rancangan TV1 tapi kwn dah tak ingat dah kerana hasil buatan tangan beliau dalam hiasan deco faux cake.... Faux cake ni dalam bahasa melayu dipanggil kek batu.... Cukup mengagumkan.... Lawa, cantik dan cute hasilnye.... Kwn tempah dari beliau 3 unit slice cake warna ungu, hijau dan biru.... Bersama itu jugak beliau memberi cupcake secara percuma sebagai hadiah tanda penghargaan terima kasih kerana kwn menjadi customernye.... Terima kasih akak.... Keep up the good work! ....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails