Monday, December 12, 2011

Deco Aising Kek




Salam semua bloggers.... Rindu rasanye dah lama tak berblog atas kesuntukkan masa.... Dengan cuaca yang tak menentu hingga bandar Kuantan dah dilanda banjir baru-baru ni hinggakan kwn hampir-hampir terpaksa cancel program kwn menghadiri Deco Aising Kek di salah sebuah kedai bakery di sini.... Hari Sabtu lepas kwn menghadiri deco saje-saje nak tengok dan belajar skill cara mendeco aising dengan mengunakan fresh cream.... Chef dari Vietnam dipanggil khas mewakili syarikat Rich yang mana terkenal dengan produk Fresh Creamnye yang lemak berkrim lagi lazat dan halal.... Kwn diberitahu oleh wakil Rich orang Vietnam memang suka kek yang dihiasi dengan dekorasi yang cantik-cantik dan kreatif kerana menganggap hadiah yang paling berharga untuk diberikan kepada kwn-kwn atau kepada orang yang tersayang.... Bahkan hasil dekorasi mereka lebih halus dan kreatif dari negara luar yang lain seperti china, hong kong dan lain-lain....Bila tengok kek tu terasa sayang untuk dimakan pulak.... Disini kwn loadkan gambar kek-kek yang di dekorasi masa program tersebut untuk tatapan kwn-kwn blogger....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails