Sunday, June 26, 2011

Chef Ismail dan Chef FloranceTan - Bakeri & Kulinari Produk Anchor ( 26/06/2011 )



Kek Keju Mentega Kacang
Ayam Percik
Bingka Makaroni Keju
Sesi Menyanyi Lagu Hari Raya





Salam semua blogger.... Diharapkan semua dalam keadaan kesihatan yang baik dan ceria sokmo.... Semalam kwn gi ke demontrasi kembara bersama 2 Chef terkenal tanah air iaitu Chef Ismail dan Chef Florance Tan.... Kebetulan hari ahad cuti dah jadi kebiasaan kwn membuat aktiviti menghadiri program masakan dan semalam kwn ke Hotel Vistana dimana demontrasi tu bermula pada pukul 2.00 ptg.... Ramai jugak yang datang ingatkan ramai peserta perempuan tetapi ada jugak peserta lelaki yang hadir.... Sebelum program demo dijalankan Chef Ismail dan Chef Florance Tan berbuat sesi perkenalan dan mengajak para peserta bangun untuk menjalani sesi memanaskan badan dan berjoget.... Lucu jugak kena menari dan berjoget tarian melayu beramai-ramai....
Pukul 3.00 ptg baru demo masakan dijalankan bermula dengan Chef Florance Tan dengan resipi biskut bangkit, biskut cheese tart nenas dan kek keju mentega kacang.... Dok asyik berseloroh dengan peserta sampai biskut tart nenas tu hangus diwatnye.... Manakala Chef Ismail pulak mendemo resipi ayam percik dan bingka makaroni cheese.... Kesemua resipi memang sedap dan berbaloi.... Mana tak sedap pakai produk berunsur susu dari Anchor.... Barang baik harga pun baik masakan pun jadik sedap la lemak dan berkrim.... Sepanjang demo ni dijalankan memang tiada sesi yang membosankan bahkan ramai peserta tidak segan silu bertanya tips-tips dan berjenaka bergurau senda dengan chef berdua ni.... Siap lepas selesai masak kedua chef mengajak para peserta menyanyi lagu hari raya lagi.... Ada pertandingan menyanyi lagu hari raya untuk sape yang nak hadiah apron dan topi produk anchor.... Sebagaimana ramah mereka ni dalam TV sebegitula di luar bersama para peserta.... Setelah habis demo kwn pun tak lepas peluang mencuba masakan yang didemokan dan mengambil gambar bersama kedua-dua chef ni.... Jangan jealous u.... Peluang hanya datang sekali je....

Sunday, June 19, 2011

My Lunch Date







Hari ni kwn dan teman bercadang nak gi lunch di The Legend Resorts di Cherating.... Ini aktiviti hari minggu kwn.... Kwn dan teman saje-saje nak ke The Legend Resorts untuk menghirup udara segar dan mengamati pantainye yang bersih.... Bagus jugak untuk menenangkan otak fikiran dan letih dari kerja.... Dah penat berjalan-jalan di pantai dan tengok budak-budak bermain di swimming pool kwn dan teman gi ke Coconut Grove untuk menikmati makan tengahari al carte.... Dok belek-belek menu jadi kwn memilih Nasi Goreng Bungkus Special, air oren juice dan teman kwn memilih Nasi Goreng Kampung Special dan air milkshake.... Tengok dalam pinggan macam sikit je yang dihidangkan tapi bila dah makan terasa pulak kenyang yang teramat sangat.... Rasa pun boleh tahan sedapnye.... Lepas makan kami pun terus perjalanan balik ke bandar Kuantan semula....

Demo The Chocolate Rush dari Beryl's Gourmet ~ 18/06/2011

Chef Jose

Brownies
Chocolate & Mango Gateaux
Milk Chocolate Cheesecake
Semalam kwn ke demo anjuran Beryl's Gourmet " The Chocolate Rush ".... 2 jenis kek ni ditunjukkan cara buatannye dan bahan utama digunakan adalah dari coklat compound dan conventure Beryl's.... Chef Jose " Joy " walaupun tidak berapa pandai berbahasa melayu tapi beliau seorang yang agak peramah dan tak lokek menunjukkan cara dan memberi tips apabila kita menggunakan coklat dalam membuat kek.... Sebelum ni kwn ingat coklat compound dan conventure hanya khas untuk membuat coklat sahaja tapi apabila kwn gi ke demo semalam baru la tau yang coklat ni boleh digunakan dalam ramuan membuat kek.... Apabila dirasa kek yang chef Joy wat semalam rasanye lagi sedap, lemak berkrim dan mempunyai rasa yang berlainan dari kita menggunakan coklat masakan biasa.... Cara dan teknik pembuatan kek pun tidaklah sesukar yang dijangkakan.... Kwn kagum dengan kek yang chef joy wat semalam dan cara dekorasinye walaupun agar simple tapi nampak macam kek hotel 5 bintang.... Beliau juga mengajar kami cara-cara nak deko dan mencantikkan kek dengan menggunakan coklat dan transfer sheet.... Demo semalam jugak kwn berjumpa dengan rakan blogger kak aidah, kak aida dan kak rokiah....

Wednesday, June 1, 2011

Bajuku Dah Siap Dah..... Glamour Sakan....

Salam semua kengkawan blogger di cana..... Tengah wat pe tentu sesetengah kengkawan tengah berbulan madu bersama keluarga atau bercuti dimana-mana zon di Malaysia al maklum sekarang kan tengah cuti sekolah.... Kwn jugak yang tinggal kat ofis dok hadap keje 3x.... Hari ni kwn dengan gembiranye menerima bungkusan pos laju from En. Sheik Azmi ( bisnes jahit manik ).... Baju kwn yang kwn hantar untuk dijahit manik vesi 3D yang tengah panas-panas ni.... Tengok hasil jahitannye alamak cukup glamour la pulak untuk dipakai dan memang lawa sangat.... Kwn hantar baju ni untuk dipakai pada hari majlis kahwin sepupu kwn yang akan diwat pada bulan 6 ni.... Terima kasih kepada En. Sheik coz sanggup jahit baju kwn yang banyak songeh ni.... Bila lagi nak merasa glamour u jangan marah kengkawan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails