Tuesday, November 20, 2012

Spageti Bolognese with Meatball ala ala Melayu....

Salam sejahtera kepada semua bloggers.... Tentu ramai yang rindu dgn coretan kwn yg tak kunjung tiba dan tak timbul-timbul di muka depan blog kwn ni.... Jgn la merajuk yea.... Kwn ni ada masalah besar iaitu kesuntukkan masa untuk meluangkan masa menghadap muka kwn di monitor dan memicit serta menekan jari jemariku di keyboard notebook kesayanganku.... Seperti biasa la kwn nak kongsi citer pasal hari Ahad lepas kwn terasa tekak ni nak makan masakan western.... Ala sesekali tukar citarasa western apa salahnya bukannya berubah jadi orang putih hu hu.... OOPPPsssss ni merepek ke orang putih pe pasal pulak dah.... Ok balik je citer asal pasal kwn masak makanan kegemaran kwn iaitu Spageti Bolognese.... Kwn olah sikit itu citarasa melayu jadinya kwn tambah satu bahan yang akan memberi kelainan iaitu kwn masukkan cili boh untuk bagi rasa pedas.... Klau resepi asal bahan utama tomato pes dan jus dimana rasa manis dan masam yang amat disukai oleh orang-orang itali.... Tetapi dah jadi lumrah alam untuk memasak masakan barat harus guna minyak zaitun kerana ia baik untuk kesihatan kita.... Spageti hendaklah direbus bersama sedikit minyak zaitun dan mengikut jangka masa yang tepat dan disyurkan pada paketnya.... Kwn suka guna spageti angelhair ianya halus dan lembut.... Untuk kuahnya senang je klau tak nak guna tomato pes atau jus pakai la sos spageti dalam botol.... Bahan-bahan tambahan bawang, cendawan butang, cili, air dan daging.... Kalau tak suka daging boleh ganti dgn makanan laut atau ayam.... Cuma beza kwn membuat kuah ialah kwn tak masukkan daging cincang dalam kuah tu tapi kwn wat meatball / daging bebola macam wat begedil tapi tak campur la dgn kentang yg dilecek yea.... Kwn goreng sikit meatball tu lepas tu baru campur dalam kuahnya dan masak selama 5 minit.... Walah dah siap maka jadilah spageti bolognese daging bebola kwn.... Lepas ni tak yah dah ode pizza hut punye spageti kan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails