Monday, November 29, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Ikan Tenggiri boleh dikatakan semua bahagian memang sedap dimakan.... Selalunya ramai org suka masak kari kepala ikan.... Isinya pulak sedap digoreng begitu sahaja, masak merah atau di wat bebola ikan pun boleh jugak.... Ekornya kalau bakar pun sedap cecah pulak dengan air asam hoi terangkat.... Tapi kwn rasa nak tukar la pulak menu ekor ikan tenggiri masak asam pedas.... Bukan pe itu je le bahagian ikan yang ada.... Rencahnya pun takat diletakkan daun kesum dan terung je.... Kira asam pedas kwn ni simple je....

Ayam Masak Merah


Salam sejahtera semua.... Kembali menjengah blog kwn yang telah menyepi sekian lama.... Tapi tak lama sangat pun bukannya sampai 1 tahun kan.... Kwang kwang kwang.... Bukan pe maklum sekarang kan musim kerajaan bahagian financial sibuk nak tutup akaun ni makanya jabatan kwn dok sibuk hantar kakitangannya berkursus yang mana tidak menepati sasaran 7 hari berkursus dalam setahun.... Termasuk la kwn sendiri kena jugak.... Nak wat macamana kita kan menurut perintah ikut je le.... Asalkan borang penilaian nanti tak le kosong tak berisi.... Lagi pun adat la jabatan nak habiskan duit peruntukkan.... Betul tak?
Kebetulan minggu lepas ada kwn lama dari Bera datang ke rumah jadinya hajat dihati nak wat nasi minyak..... Maka lauk utama mestilah Ayam masak merah.... Lagi pun memang lauk kegemarannya dari zaman bujang beliau lagi.... Kwn masak ayam tu agak berkuah sikit tak la kering sangat nak makan dengan nasi minyak nanti.... Hoi berselera jugak makan bersama-sama al maklum lama dah tak jumpa.... Kalau berborak memang tak ingat dunia.... Al hamdullilah kwn cakap masakan kwn sedap....


Thursday, November 11, 2010

Karipap Daging Frozen


Hai.... Cuaca agak mendung bila petang je mesti hujan lebat.... Jgn hujan tak berhenti selama 2 hari je alamatnye takut banjir.... Kesian dengan nasib saudara-saudara kt Perlis dan Kedah.... Banjir yang melanda agak teruk jugak dah ramai yang kehilangan nyawa.... Memang tak dinafikan sekarang dah memang musim hujan maka kena lah berjaga-jaga....

Hari Ahad lalu kwn tak sempat nak masukkan N3 tentang aktiviti kwn hujung minggu dengan keadaan mendung dan hujan terasa perut lapar pulak.... Kwn decide nak wat karipap frozen untuk stok musim hujan ni.... Kwn telek-telek dalam peti sejuk ade daging cincang yang kwn beli di Pasaraya Pantai Selamat mula-mula plan nak wat masak spagetti tapi tak jadi.... Takut daging tu tak elok baik kwn wat inti karipap.... Banyak jugak kwn wat doh kulit karipap maklum nak wat stok.... Puas jugak mengulinya naik lenguh di watnya.... Nak seribu daya tak nak seribu dalih.... Tapi kalau di tengokkan rupa karipap kwn ni cukup mengelembung padat semacam.... Kwn saja isi intinya agak penuh sikit boleh la makan untuk keluarga.... Tapi kalau nak wat niaga atau menjual mau-mau sebijik harga RM0.50.... Tapi mengenangkan kena menguli bertan-tan tepung doh tu baik kwn wat untuk nak makan wat keluarga je....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails