Tuesday, September 21, 2010

Nasi Lemak


Salam kengkawan semua.... Selamat Hari Raya dan tentu kengkawan sekarang musim sibuk wat open house atau rumah terbuka.... Kwn pun dah naik tembam balik dok dapat pelawaan open house atau jamuan hari raya baik kwn-kwn dan jugak beberapa jabatan kerajaan yang lain....

Pagi ni kwn teringin pulak nak wat nasi lemak untuk makan sarapan pagi.... Lepas subuh kwn siap-siapkan bahan untuk wat nasi lemak.... Bahan-bahan pun tak le susah nak siapkan, bahkan tak ambil masa yang lama untuk watnya.... Sekarang dah senang nak tanak nasi lemak pun pakai rice cooker.... Mudah, senang dan cepat.... Lauk pun just goreng ayam je.... Lepas ni rancang nak puasa 6 dan ganti puasa pulak.... Makan dok makan jugak tapi jangan lupa kewajipan kita mengganti puasa tu.... So selamat bersarapan pagi kengkawan semua....

Monday, September 13, 2010

Dekorasi Suasana Hari Raya



Kwn ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menyambutnya.... Kwn ingin berkongsi bersama-sama kengkawan dekorasi rumah yang kwn dan mak kwn wat sempena menyambut raya ni.... Tema kwn raya tahun ni adalah ala-ala english roses dan orkids.... Kwn tak nak la nampak sarat sangat deko english maklum ruang rumah kwn yang terhad.... Yang penting sedap mata memandang....

Sunday, September 12, 2010

Kek Kukus Coklat Moist


Salam semua.... Sempat lagi kwn membuat kek kukus coklat malam sebelum raya.... Terasa teringin nak makan kek coklat jadi kwn pun wat la bukan susah pun main campak je adunan tu lepas tu kukus.... Tentu ramai kengkawan sibuk wat kek sempena raya ni.... Di pasaran pun berlambak macam-macam jenis kek buah, kek lapis rempah, kek prune, kek marble dan bermacam-macam lagi la.... Tahun ni kwn wat kek oren, kek buah, kek lapis asam dan kek kukus coklat.... Jadi sesiapa yang minat kek kukus coklat ni sila la jamu mata yek....

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum kengkawan.... Kwn dan keluarga ingin mengucapkan kepada kengkawan jauh atau pun dekat disana selamat menyambut " Selamat Hari Raya Aidilfitri ".... Sempena menjelangnya bulan Syawal ni kwn dan keluarga ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada kengkawan jikalau sepanjang berblogger ni adanya kwn terkasar bahasa ataupun terguris hati....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails