Friday, August 24, 2012

Kek Blueberry utk AidilFitri....

Walaupun dah 6 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi rasanya tak terlambat kwn nak update blog cerita tentang Kek Blueberry kwn ni.... Kek ni sebenarnya tak de perancangan pun nak wat asalnya.... Tetapi tiba-tiba tekak ni rasa nak makan kek blueberry dan nak menghidangkan pada para tetamu yang datang bertandang ke rumah untuk berhari raya.... Kwn deco pun main tacap-tacap asalkan menarik mata memandang.... Nak deco cantik-cantik mcm kt secret recipe tu kena timba ilmu mendekorasi kek la lagi dengan tok guru yang pandai menacap kek ni.... Tapi kt Kuantan agak sukar mencari guru yang pandai mendeko dan menghias kek yang cantik.... Jadi pada pengemar kek tu layan je la blog kwn ni yek....

Wednesday, August 22, 2012

Dekorasi Hari Raya Rumahku Tahun ini.....

Seperti tahun-tahun sebelum ni tema dekorasi raya rumah ku syurga ku mesti tak tinggal dengan konsep bunga-bungaan.... Memang bagai tak dapat dipisahkan perempuan dan bunga.... Kwn dan mak kwn dah lama idam nak wat hiasan bunga orkid pada pasu yang besar macam kt hotel-hotel tu....Akhirnya berkat kwn dok beli secara ansur-ansur bunag orkid ni almaklum bunga orkid ni harganya agak mahal sikit dari bunga ros.... Hasil gubahan ibu tercinta maka terhasilah hiasan bunga yang cantik dan menarik.... Manakala hiasan bunga menjalar di letakkan pada atas langsir ruang utama rumah kwn.... Macam berada dalam taman pulak rasanya raya tahun ni....

Buah Markisa atau Buah Susu....



Salam semua.... Mungkin tidak terlambat untuk kwn mengucapkan kepada semua bloggers Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 1433H.... Pada hari raya pertama, kedua dan ketiga kwn hanya berada di rumah sibuk melayan tetamu-tetamu datang beraya.... Hanya hari ni baru kwn dapat berpeluang menziarah ke rumah kwn-kwn.... Dalam kwn sibuk-sibuk berborak dan menikmati hidangan kuih muih yang berbagai rupa dan rasa, kwn tertarik pandangan ku kepada satu tumbuhan atau pokok yang menjalar dan merayap di pagar rumah kwn ku.... Dok kwn belek-belek kwn terpandang ada beberapa biji buah bergayut ingatkan pokok buah limau tapi bila pulak masa pokok buah limau menjalar dan merayap.... Kwn pon bertanya kwn ku pokok buah pe ni? Rupa-rupanya pokok buah markisa atau di kampung-kampung dikenali dengan panggilan buah susu.... Buah ni sedap dimakan bersama dessert eropah yang cukup terkenal iaitu Pavlova.... Pokok ni jarang nak jumpa di kawasan bandar ni.... Kalau de jual pon memang agak mahal harganya almaklum sukar untuk didapati.... Kulit buah markisa ni agak keras bila muda dan berat tapi bila dah masak ia ringan dan kekuningan.... Isinya cair, oren warnanya dan rasanya masam-masam.... Tu sebab sedap dimakan dengan pavlova yang manis diseimbangkan dengan rasa masam buah markisa ni.... Kwn bercadang nak tanam pokok buah ni kt rumah kwn.... Hopefully berjaya nanti.... Itulah berkat beraya kt rumah kwn-kwn ade dapat bawak balik something yang jarang dijumpai....

Monday, August 6, 2012

Lauk berbuka da.... Kelempung Goreng Berlada & Sambal Udang Petai.....

Salam semua bloggers..... Dah lama kwn tak update blog ni.... Kadang-kadang masalah dengan sistem blog ni jap boleh masuk image jap tak leh.... Geram betul.... Tapi alhamdullillah hari ni dapat kwn update blog ni setelah sekian lamanya.... Kwn pon dah lama tak tulis sampai terasa janggal hingga kehilangan inspirasi nak menulisnya.... Tapi disebabkan kwn-kwn blogger memberi semangat dan jangan berhenti menulis blog maka akan kwn tunaikan permintaan mereka semua.... Terima kasih kwn-kwn bloggerku.... Hari ni dah masuk 17 hari umat islam berpuasa.... Terasa cepat masa berjalan dok belek-belek kalender tinggal lebih kurang 2 minggu lagi untuk menyiapkan persediaan menjelang hari Hari Raya nanti.... Nasib baik la baju raya, kasut raya tak payah susah2 nak fikir almaklum dah dibeli awal-awal lagi.... Barang-barang perhiasan umah hemmmm pakai la yang tahun lepas je la.... Benda pon masih dalam keadaan yang baru dan baik lagi.... Jangan membazir kan.... Hari ni kwn bercuti sempena Nurul Al Quran maka ada la masa untuk kwn nak memasak hidangan untuk makan malam nanti.... Kwn kalau time buka pose tak makan nasi tapi makan kuih-kuih je dulu.... Hari kwn masak kelempung goreng berlada yang memang organ dalaman yang menjadi favorite kami sekeluarga.... Kelempung ni kalau nak sedap kena rebus dulu baru kt masak apa-apa cara sekali pon....Lepas tu kwn masak pulak Sambal Udang bersama Petai.... Cuma Sambal Udang version kwn ialah kwn letak santan sikit biar berlemak dan berkuah sikit.... Hoi berselera betul.... Tak sabar rasanya nak berbuka dan makan malam nanti nak makan lauk pauk ni....

Kek Coklat Mousse....



Semalam kwn berasa nak makan kek.... Puas jugak dok fikir kek pe nak diwat sebelum memyambut Puasa esok.... Belek-belek dalam peti sejuk ternampak non-dairy krim jadinya kwn pon terus wat Kek Coklat Mousse.... Kek ni memang sedap dan sesuai dimakan dalam keadaan cuaca panas.... Kebetulan kwn-kwn ada bertandang ke rumah kwn jadi kwn pon gembira menghidangkan kek ni kepada mereka.... Mereka ni memang suka makan kek dari sekolah lagi.... Dah jadi tradisi setiap kali nak menyambut Puasa kami akan berkumpul dirumah kwn-kwn dan buat sikit makan-makan.... Kebetulan kali ini giliran kwn untuk membuat sedikit jamuan ringan.... Banyak cerita dan gelak ketawa kami kongsi bersama.... Almaklum kami agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dapat berkumpul sesekali dapat merapatkan hubungan kami antara satu sama lain....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails