Wednesday, December 15, 2010

Hari Paling Bermakna.......


Salam semua dan salam 1 Malaysia.... Dah naik sawang dah blog kwn ni.... Tapi tak pe kengkawan di sana setia menunggu akan story baru kan.... Bulan ni merupakan bulan yang cukup bermakna memandangkan bagi tahun baru Islam berlakunya 2 peristiwa bersejarah dan bermakna terhadap keluarga kwn....
Pada Awal Muharam yang lepas pada 7 hb Disember 2010 bapa saudara kwn iaitu Dato' Haji Hamid bin Haji Abd Rahman ( Bekas Hakim Mahkamah Syarie Pahang ) telah dicalonkan oleh Kerajaan Pahang menerima Tokoh Maal Hijrah pada tahun ni.... Kwn cukup surprise jugak bila baca dalam surat khabar terpampang muka beliau menerima tokoh tersebut.... Kwn tumpang gembira dan tahniah kat beliau....
Manakala semalam 14hb Disember pulak kwn telah mendapat jemputan ke Dewan Tun Razak , Temerloh untuk menghadiri Hari Inovasi JKR Pahang 2010.... Semalam kwn telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.... Seramai 8 org rakan sepejabat menerima anugerah tersebut.... Anugerah tesebut disampaikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Dato' Ir. Rosman bin Yahya.... Ramai jugak yang hadir ke dewan tu.... Kwn dapat jumpa rakan-rakan lama yang dah lama kwn tak jumpa sejak kwn dah bertukar ke Kuantan 2 tahun yang lepas.... Berborak sampai tak ingat nak bik gambar bersama.... Pada hari tu jugak diberitahu siapa pemenang dan penerima Anugerah Kualiti dimana pertandingan ni setiap tahun di buat oleh JKR Pahang untuk setiap jabatan JKR di seluruh Pahang menjalankan pengurusan dan pentabiran terbaik.... Pada tahun ni Juara keseluruhan pengurusan terbaik jatuh kepada JKR Daerah Jerantut.... Kwn tumpang gembira maklum Jerantut kan kampung kwn.... Habis dibolot hampir separuh katogeri yang dipertandingkan.... Ofis kwn cukup-cukup makan jek.... Bagi kwn semua bergantung kepada usaha, semangat berpasukan, jujur, amanah dan rajin dalam bekerja.... Ada semua tu akan beroleh kejayaan.... Lagi satu ketua pegawai yang mentadbir sesebuah jabatan harus ada keyakinan diri dan ingin melihat jabatannya berada ditahap terbaik demi nama baik jabatannya.... Betul tak?
Tapi apa yang berlaku separuhnya terlalu mementingkan diri sendiri dapat naik pangkat, gaji mahal, hidup mewah cukup.... Pejabat lantak lintang pukang tau keje mesti siap on time dan beres jek.... Ialah pegawai macam ni tau diaorg takkan bekerja terlalu lama di satu-satu jabatan jadi mereka ni tidak mengambil endah akan kemajuan jabatan.... Maju untuk diri sendiri, dapat gaji tiap-tiap bulan sudah !!!!!! Org yang tidak memikul tanggungjawab dan amanah diberikan jawablah sok di akhirat nanti.... Ya Allah jgnlah kau jadikan kwn ni salah seorang daripada mereka ni.... Mintak dijauhkan.... Amin....

Wednesday, December 1, 2010

Kuih Bingka Ubi Kayu




Salam kengkawan semua.... Diharap sihat sejahtera.... Maklum sekarang ni musim org demam selsema, batuk dan demam denggi.... Ahad minggu lepas tiba-tiba kwn ni terasa kempunan pulak nak makan Kuih Bingka Ubi Kayu, maka kwn ajak adik gi ronda ke pasar tani pagi tu semata-mata nak cari ubi kayu.... Ha nasib baik la jumpa jugak ubi kayu besor-besor kat gerai makcik ni.... Beli tak le banyak sangat cukup-cukup nak wat kuih je....
Tengahari tu kwn pun kupas dan sagat ubi kayu tu.... Hai punya la letih tapi krn nak makan kuih punya pasal wat jugak.... Kuih ni lagi la sedap kwn guna gula kabung yang di beli kat Jerantut oleh makcik mak kwn.... Guna gula kabung memang sedap tu sebab kalau wat dodol mesti wat dengan gula kabung, jarang guna gula merah.... Tapi tau-tau je le harga memang mahal.... Ok cerita balik pasal kuih bingka ubi kwn wat sukatan separuh dari yang asal.... Bukan apa takat 3 org je yang nak makan tak yah wat bnyk-bynk.... Rupa tak la berapa menarik tapi yang pasti rasanya hemmm menjilat jari....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails