Thursday, April 28, 2011

Demo Nasi Ayam Hainnan je..............



Chef tengah angkat ayam untuk direndamkan dlm stok

Sessi mencuba nasi ayam hainnan

Salam wahai kengkawan blogger.... Bertemu kembali dengan harapan semua dalam keadaan sihat sokmo.... Dengan ditemani dengan cuaca panas terik hari ni kwn melangkah kaki menuju ke kelas demo masakan Nasi Ayam Hainnan di bandar.... Al maklum je kan kwn ni pengemar nasi ayam makanye kwn pun gi la ke demo tersebut.... Demo ni adalah anjuran syarikat unilever memperkenalkan pengunaan produk iaitu Perasa Knorr.... Demo pun demo la asalkan kwn dapat ilmu mengikuti step by step cara membuat nasi ayam hainnan ni.... Mungkin ada org tak mengemari demo kerana ialah takat menengok dan merasa masakan tersebut sahaja tapi bagi kwn yang penting ilmu.... Lepas ni demo wat pelbagai kek dan cookies pulak kwn nak gi.... Mungkin akan diwat pertengahan bulan Mei ni.... Lepas tu demo masakan dari produk Anchor dimasak oleh Chef Ismail & Florance Tan pulak.... Nanti demo coklat dari beryls.... Arhhh banyaknye boleh ke kwn gi ni.... Hemmm ni boleh la mengisi aktiviti kwn daripada dok melayari facebook setiap hari tapi tu la yang bestnye dapat chat dan tengok aktiviti kwn-kwn di facebook....

Monday, April 4, 2011

IKIP Culinaire Challenge 2011











Salam kengkawan blogger.... Diharapkan sihat sejahtera hendaknye.... Hari ni N3 yang kwn nak masukkan berkenaan Program Ikip Culinaire Challenge 2011 yang diadakan selama 3 hari bermula pada 1 - 3 April minggu lalu.... Kwn kebetulan ternampak banner program tu di bandar so kwn decide nak pegi la.... Kwn gi pada hari sabtu kebetulan kwn cuti, ramai jugak yang datang menengok program yang dianjurkan oleh Ikip ni.... Program ni pun pasal pertandingan masakan, menghias dan ukiran buah dan sayur.... Sebaik tiba je terus kwn ke kanopi putih dimana Chef Sabri tengah memberi ucapan dan bercerita tentang pengalaman beliau menjadi antara chef yang terkenal di Malaysia.... Ala yang dalam rancangan Spice Route tu di TV3 dan Kenduri di Astro.... Sebaik habis mendengar dan menengok beliau membuat demostrasi masakan dari jenama Adabi kwn pun gi ke Class 1 dimana segala pameran hasil tangan pelajar-pelajar hotel & katering di pamerkan.... Dalam pameran tu ada ukiran dari coklat, mentega, buah, sayur, pastri, dessert dan hiasan kek.... Manakala di kitchen ada pertandingan memasak main course dan Pahang Tradisional Cuisine.... Wow cara persembahan setiap masakan yang telah siap dimasak macam di hotel-hotel 5 bintang.... Acara waiter race pun ada.... Pada hari penutup pula dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang.... Tuanku juga membuat demonstrasi memasak.... Kwn tak la gi pada hari penutup tu.... Bagus jugak rasanye dapat melihat hasil kreativiti pelajar-pelajar ni....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails