Monday, December 12, 2011

Deco Aising Kek




Salam semua bloggers.... Rindu rasanye dah lama tak berblog atas kesuntukkan masa.... Dengan cuaca yang tak menentu hingga bandar Kuantan dah dilanda banjir baru-baru ni hinggakan kwn hampir-hampir terpaksa cancel program kwn menghadiri Deco Aising Kek di salah sebuah kedai bakery di sini.... Hari Sabtu lepas kwn menghadiri deco saje-saje nak tengok dan belajar skill cara mendeco aising dengan mengunakan fresh cream.... Chef dari Vietnam dipanggil khas mewakili syarikat Rich yang mana terkenal dengan produk Fresh Creamnye yang lemak berkrim lagi lazat dan halal.... Kwn diberitahu oleh wakil Rich orang Vietnam memang suka kek yang dihiasi dengan dekorasi yang cantik-cantik dan kreatif kerana menganggap hadiah yang paling berharga untuk diberikan kepada kwn-kwn atau kepada orang yang tersayang.... Bahkan hasil dekorasi mereka lebih halus dan kreatif dari negara luar yang lain seperti china, hong kong dan lain-lain....Bila tengok kek tu terasa sayang untuk dimakan pulak.... Disini kwn loadkan gambar kek-kek yang di dekorasi masa program tersebut untuk tatapan kwn-kwn blogger....

Thursday, October 27, 2011

Kek Indulgence & Kek Opera ~ 23/10/2011




Hari Ahad yang lepas kwn menghadiri kelas masakan Linn untuk belajar wat kek yang paling popular sekarang ni iaitu Kek Indulgence dan Kek Opera.... Masa membuatnye agak rumit sikit maklum nak wat butterkrimnye dan kek tersebut kena disaluti dengan coklat ganachenye..... Sungguhpun rumit dan penat tapi seronok sebab wat kek bersama-sama dengan teman-teman yang belajar di kelas ni.... Kwn rasa berbaloi belajar dengan kak linn sebab dia tak lokek bagi tip-tip dari membancuh sampai la ke cara menyusun dan melepa krim diatas kek tersebut.... Rasa kek ni memang sedap.... Sesiapa yang minat dengan kek coklat memang kek ni teramat sedap dan krimnye pun tidak manis sangat dan menjemukan.... Kwn-kwn harus cuba kek ni berbaloi sangat-sangat....

Wednesday, October 26, 2011

Kerabu Kacang Botol



Salam semua bloggers.... Pada penganut hindu nak ucap Selamat Deepavali.... Hari ni stress sangat sebab boring tak tau nak wat pe.... Dah la hujan nak keluar jalan-jalan pun dah hilang mood.... Makan tengahari ni kwn decide nak wat kerabu la.... Dok bukak peti ais belek punya belek tengok ada sayur kacang botol.... Ha pe lagi kwn pun hiris nipis2 kasi siapkan rencahnye untuk digaul bersama dengan sayur tu.... Pembuka selera makan tengahari kwn dan family....

Tuesday, October 4, 2011

Menu malam ni.....



Salam kembali wahai blogger.... Tup tup dah bulan Oktober.... Tinggal 2 bulan lagi untuk ke tahun baru.... Pendek sungguh masa berlalu, tapi jangan kita membuang masa isikan masa kita dengan membuat perkara yang berfaedah.... Lakukan perkara atau aktiviti yang kita suka dan minat.... Macam kwn ni suka memasak makanye malam ni makan malam kwn sekeluarga campur-campur punya menu.... Ada kerabu daun selum, ikan lampang masak tempoyak, ayam dan telur ikan goreng, daging cincang masak merah, sayur goreng dan ulam timun.... Sori sambal belacan baru nak wat jadik tak sempat nak show dalam gambar.... Pembuka selera sungguh malam ni memandangkan kerabu daun selum merupakan kegemaran kwn.... Itu pulak sangat baik untuk kesihatan.... Ni asyik sok makan lauk berlemak bersantan kadang-kadang naik muak jugak.... Yang paling penting menu mesti seimbang.... Kepada para blogger selamat menjamu selera makan malam bersama keluarga yea....

Monday, August 8, 2011

Tart Kelapa



Hari Sabtu lepas kwn gi ke pasaraya untuk bershopping dan apa lagi tugas wanita servey harga barang la terutama sekali barangan bahan untuk membuat kuih dan kek raya.... Puasa pun baru seminggu tapi memang kita wanita ni dah jadi kebiasaan suka servey barang.... Bukan pe kita kenalah wat budget takut terlebih perbelanjaan dan membazir.... Lalu kt rak bahan kuih terlihat bungkusan kelapa kering.... Ni fikir-fikir sedap jugak kalau diwat tart kelapa.... Tukar dari asyik tart telur, cheese dan buah-buahan jadinye kwn wat perasa lain pulak.... Best jugak wat kuih untuk membuka puasa nanti.... Dengan pantas kwn balik ke rumah terus je siap-siap untuk membancuh isi filling kelapa dan kulit tart tu.... Bukan susah sangat pun membuatnye dan tak sabar-sabar untuk merasanye tentu sedap.... Sekali bancuh dapat la dalam 8 biji tart sebab pakai acuan tart shell besar sikit.... Bukan pe puas sikit nak makan kalau wat tart yang besar.... Dok asyik dengan menengok cerita hindustan tak sedar tart tu tergaring sikit.... Tapi kwn kira tak pe asalkan rasanye sedap....

Juadah Berbuka Hari Ke-Tiga



Salam semua kengkawan terutama bagi umat islam yang sama-sama mengerjakan ibadah puasa.... Dah masuk seminggu kita berpuasa.... Sepanjang musim berpuasa ni masa begitu mencemburui kita.... Biasalah badan pun terasa penat, letih, tidur pun tak cukup tapi inilah mengorbanan kita terhadap agama dan ALLAH subhanahuwatala.... N3 yang kwn nak masukkan kali ni pun dah kira lambat.... Ini kwn nak kongsikan tentang juadah berbuka puasa pada hari ke 3 kita berpuasa.... Juadah kwn ni biasa-biasa je tak la semenarik macam juadah kengkawan blogger semua.... Hidangan manisan kali ni adalah Buah Melaka Kukus dan hidangan pedas iaitu Makaroni Goreng.... Manakala kuih popia dan murtabak mini dibeli di bazar ramadan je.... Manisan buah melaka kukus ni merupakan kegemaran mak kwn.... Dah jadi kebiasaan manisan buah melaka kukus ni diwat bila musim berpuasa.... Buatnye tak susah serupa cara membuat kuih buah melaka cuma kita wat kuah santannya dan kemudian kita kukus.... Kuahnye akan menjadi keras tapi bila memakannye lembut didalam mulut.... Makaroni goreng kwn masak saje-saje tukar selera sikit....Kadang-kadang bosan jugak dok asyik makan bihun goreng atau mee goreng....

Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & BERPUASA



Salam semua.... Sedar tak sedar dah sampai kita untuk menyambut bulan ramadhan.... Kwn ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam seluruh Malaysia.... Diharapkan bulan ini kita memperbanyakkan amalan ibadah dan mempertahankan diri dari melakukan perkara yang mungkar....

Mee Kari



Salam kengkawan.... Ni dah lama tak beblogging terasa rindu pulak.... N3 yang dimasukkan ni pun dah lama dalam 3 minggu yang lepas tapi baru sekarang ada peluang.... Mee kari ni merupakan makan tengahari sememangnye kegemaran kwn sekeluarga.... Dah banyak mee kari yang dijual kat kuantan kwn rasa tapi walau mcmana pun mee kari buatan air tangan sendiri jugak jadi pilihan.... Kena pulak rencahnye kita boleh letak ikut citarasa kita makan pun terasa puas.... Kwn gemar kuahnye tidaK terlalu pekat atau cair sangat....

Monday, July 18, 2011

Macaroni Sup Meletop



Salam blogger semua.... Kwn kembali nak update blog kwn yang lama dah kwn tinggalkan.... Kepala kwn ni tengah runcing dan berceramuk bila dok pikir pasal hal pertukaran.... Almaklum takut kena tukar ke tempat kerja yang agak challenging dan perlu komited dgn tugas yang diberikan.... Itu yang dikatakan dengan cabaran hidup.... Dalam masa yang sama kwn pikir hari ni nak masak macaroni dengan sup.... Sup ni biasa je resipinye hanya kwn nak manis sikit rasanye kwn sagat lobak dan masuk cendawan kering.... Aduh bila dah siap sedapnye tak terhingga.... Pada yang tak suka macaroni boleh ganti dengan mee atau bihun.... Menu ni sesuai untuk sesiapa yang ingin menjaga kesihatan dan berat badan.... Cuma nak ingat jangan masukkan garam banyak....

Sunday, June 26, 2011

Chef Ismail dan Chef FloranceTan - Bakeri & Kulinari Produk Anchor ( 26/06/2011 )



Kek Keju Mentega Kacang
Ayam Percik
Bingka Makaroni Keju
Sesi Menyanyi Lagu Hari Raya





Salam semua blogger.... Diharapkan semua dalam keadaan kesihatan yang baik dan ceria sokmo.... Semalam kwn gi ke demontrasi kembara bersama 2 Chef terkenal tanah air iaitu Chef Ismail dan Chef Florance Tan.... Kebetulan hari ahad cuti dah jadi kebiasaan kwn membuat aktiviti menghadiri program masakan dan semalam kwn ke Hotel Vistana dimana demontrasi tu bermula pada pukul 2.00 ptg.... Ramai jugak yang datang ingatkan ramai peserta perempuan tetapi ada jugak peserta lelaki yang hadir.... Sebelum program demo dijalankan Chef Ismail dan Chef Florance Tan berbuat sesi perkenalan dan mengajak para peserta bangun untuk menjalani sesi memanaskan badan dan berjoget.... Lucu jugak kena menari dan berjoget tarian melayu beramai-ramai....
Pukul 3.00 ptg baru demo masakan dijalankan bermula dengan Chef Florance Tan dengan resipi biskut bangkit, biskut cheese tart nenas dan kek keju mentega kacang.... Dok asyik berseloroh dengan peserta sampai biskut tart nenas tu hangus diwatnye.... Manakala Chef Ismail pulak mendemo resipi ayam percik dan bingka makaroni cheese.... Kesemua resipi memang sedap dan berbaloi.... Mana tak sedap pakai produk berunsur susu dari Anchor.... Barang baik harga pun baik masakan pun jadik sedap la lemak dan berkrim.... Sepanjang demo ni dijalankan memang tiada sesi yang membosankan bahkan ramai peserta tidak segan silu bertanya tips-tips dan berjenaka bergurau senda dengan chef berdua ni.... Siap lepas selesai masak kedua chef mengajak para peserta menyanyi lagu hari raya lagi.... Ada pertandingan menyanyi lagu hari raya untuk sape yang nak hadiah apron dan topi produk anchor.... Sebagaimana ramah mereka ni dalam TV sebegitula di luar bersama para peserta.... Setelah habis demo kwn pun tak lepas peluang mencuba masakan yang didemokan dan mengambil gambar bersama kedua-dua chef ni.... Jangan jealous u.... Peluang hanya datang sekali je....

Sunday, June 19, 2011

My Lunch Date







Hari ni kwn dan teman bercadang nak gi lunch di The Legend Resorts di Cherating.... Ini aktiviti hari minggu kwn.... Kwn dan teman saje-saje nak ke The Legend Resorts untuk menghirup udara segar dan mengamati pantainye yang bersih.... Bagus jugak untuk menenangkan otak fikiran dan letih dari kerja.... Dah penat berjalan-jalan di pantai dan tengok budak-budak bermain di swimming pool kwn dan teman gi ke Coconut Grove untuk menikmati makan tengahari al carte.... Dok belek-belek menu jadi kwn memilih Nasi Goreng Bungkus Special, air oren juice dan teman kwn memilih Nasi Goreng Kampung Special dan air milkshake.... Tengok dalam pinggan macam sikit je yang dihidangkan tapi bila dah makan terasa pulak kenyang yang teramat sangat.... Rasa pun boleh tahan sedapnye.... Lepas makan kami pun terus perjalanan balik ke bandar Kuantan semula....

Demo The Chocolate Rush dari Beryl's Gourmet ~ 18/06/2011

Chef Jose

Brownies
Chocolate & Mango Gateaux
Milk Chocolate Cheesecake
Semalam kwn ke demo anjuran Beryl's Gourmet " The Chocolate Rush ".... 2 jenis kek ni ditunjukkan cara buatannye dan bahan utama digunakan adalah dari coklat compound dan conventure Beryl's.... Chef Jose " Joy " walaupun tidak berapa pandai berbahasa melayu tapi beliau seorang yang agak peramah dan tak lokek menunjukkan cara dan memberi tips apabila kita menggunakan coklat dalam membuat kek.... Sebelum ni kwn ingat coklat compound dan conventure hanya khas untuk membuat coklat sahaja tapi apabila kwn gi ke demo semalam baru la tau yang coklat ni boleh digunakan dalam ramuan membuat kek.... Apabila dirasa kek yang chef Joy wat semalam rasanye lagi sedap, lemak berkrim dan mempunyai rasa yang berlainan dari kita menggunakan coklat masakan biasa.... Cara dan teknik pembuatan kek pun tidaklah sesukar yang dijangkakan.... Kwn kagum dengan kek yang chef joy wat semalam dan cara dekorasinye walaupun agar simple tapi nampak macam kek hotel 5 bintang.... Beliau juga mengajar kami cara-cara nak deko dan mencantikkan kek dengan menggunakan coklat dan transfer sheet.... Demo semalam jugak kwn berjumpa dengan rakan blogger kak aidah, kak aida dan kak rokiah....

Wednesday, June 1, 2011

Bajuku Dah Siap Dah..... Glamour Sakan....

Salam semua kengkawan blogger di cana..... Tengah wat pe tentu sesetengah kengkawan tengah berbulan madu bersama keluarga atau bercuti dimana-mana zon di Malaysia al maklum sekarang kan tengah cuti sekolah.... Kwn jugak yang tinggal kat ofis dok hadap keje 3x.... Hari ni kwn dengan gembiranye menerima bungkusan pos laju from En. Sheik Azmi ( bisnes jahit manik ).... Baju kwn yang kwn hantar untuk dijahit manik vesi 3D yang tengah panas-panas ni.... Tengok hasil jahitannye alamak cukup glamour la pulak untuk dipakai dan memang lawa sangat.... Kwn hantar baju ni untuk dipakai pada hari majlis kahwin sepupu kwn yang akan diwat pada bulan 6 ni.... Terima kasih kepada En. Sheik coz sanggup jahit baju kwn yang banyak songeh ni.... Bila lagi nak merasa glamour u jangan marah kengkawan....

Sunday, May 15, 2011

Demo Masakan dari HBi anjuran Bake Mate Enterprise ~ 15/5/2011

Blueberry Fresh Cream Cake
Butter Cookies

Brownies Cheese Cake


Fondant Cookies


Chocolate Lava Cake

Salam di pagi minggu.... Agaknye ramai kengkawan bercuti sehingga esok memandangkan hari selasa 17hb cuti Hari Wesak.... Hari ni kwn bercadang nak ke Bake Mate untuk menengok demo dari Syarikat HBi yang mengeluarkan produk iaitu Butter Mas dan Tropica Coklat.... Demo hari ni mempunyai 5 resipi iaitu Blueberry Fresh Cream Cake, Cookies Fondant, Butter Cookies, Chocolate Lava Cake dan Brownies Cheese Cake.... Setiap yang mendaftar untuk hadir ke demo ni diberi percuma 1 tin Butter mas, Tropica Coklat dan 1 Non Dairy Cream. Walaupun ada resipi yang kwn dah pandai wat tapi kwn saja nak mengisi masa lapang kwn di hari minggu ni.... Tapi yang penting sekali kerja rumah harus didulukan maklum la rumah itu adalah syurga kita.... Walau pandai masak pun kita sebagai perempuan harus pastikan rumah sentiasa kemas dan terurus demi kebahagian keluarga kita.... Berbalik kepada demo tadi ramai jugak yang hadir sampai sesak diwatnye.... Adat la nama pun demo, chef dari HBi menunjukkan cara membuat kek dan biskut dan juga tidak lokek memberi tips dan pantang larang semasa membuat kek dan biskut.... Bayangkan chef kata yang Chocolate Lava Cake tu yang di jual di Domino's Pizza tu dijual dengan harga RM5 sebijik.... Tengok cara membuatnye tak la rumit sangat.... Rasanye memang best....

Sunday, May 8, 2011

Kelas Fondant & Gumpaste ~ 07/05/2011



N3 kali ni kwn ke kelas belajar cara membuat fondant & gumpaste.... Biase le Kelas Masakan Linn jadi sasaran kwn untuk mempelajarinye.... Kebetulan kwn agak free pada hari sabtu ni jadi kwn pun ke kelas fondant.... Ingatkan senang nak adun fondant dan gumpaste ni rupa-rupenye susah jugak.... Letih teramat diwatnye.... Kak Linn sama-sama berpeluh dengan anak muridnye yang tak sabar-sabar nak wat pelbagai cara untuk membentuk bunga, riben dan lain-lain dari fondant & gumpaste ni.... Kwn jugak diberitahu cuaca dan suhu bilik mempengaruhi kekentalan fondant dan gumpaste ni.... Kalau sejuk sangat bancuhan adunan akan menjadi keras dan susah untuk diuli dan mudah pecah dan berderai.... Kadang-kadang terfikir macamana yek org boleh menghias fondant dan gumpaste dengan membuat pelbagai bentuk figurine di atas kek dan cupcake.... Kak Linn jugak berpesan dengan kami supaya jgn cepat mengalah dan sentiasa memcuba hingga berjaya.... Ni hasil tangan kwn dan rakan-rakan yang lain yang tak seberapa al maklum kami budak baru belajar....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails