Wednesday, January 12, 2011

Puding Roti

Salam semua blogger.... Masih tidak terlambat untuk kwn mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kpd kwn-kwn blogger tak kira mana jua anda berada dan berharap tahun ini akan menjadi suatu peristiwa yang manis & menanam azam yang baru....
Kebetulan semalam cuaca kt kuantan cerah dan tak hujan terasa pulak nak wat manisan.... Roti pulak ada banyak kt rumah daripada membazir tidak dimakan maka kwn pun bercadang wat Puding Roti.... Kwn selalunya makan puding roti dengan ais krim coklat.... Manisan ni kwn guna susu cair kebetulan susu segar dah habis.... Rasanye lagi la sedap dan lemak berkrim....

Wednesday, December 15, 2010

Hari Paling Bermakna.......


Salam semua dan salam 1 Malaysia.... Dah naik sawang dah blog kwn ni.... Tapi tak pe kengkawan di sana setia menunggu akan story baru kan.... Bulan ni merupakan bulan yang cukup bermakna memandangkan bagi tahun baru Islam berlakunya 2 peristiwa bersejarah dan bermakna terhadap keluarga kwn....
Pada Awal Muharam yang lepas pada 7 hb Disember 2010 bapa saudara kwn iaitu Dato' Haji Hamid bin Haji Abd Rahman ( Bekas Hakim Mahkamah Syarie Pahang ) telah dicalonkan oleh Kerajaan Pahang menerima Tokoh Maal Hijrah pada tahun ni.... Kwn cukup surprise jugak bila baca dalam surat khabar terpampang muka beliau menerima tokoh tersebut.... Kwn tumpang gembira dan tahniah kat beliau....
Manakala semalam 14hb Disember pulak kwn telah mendapat jemputan ke Dewan Tun Razak , Temerloh untuk menghadiri Hari Inovasi JKR Pahang 2010.... Semalam kwn telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.... Seramai 8 org rakan sepejabat menerima anugerah tersebut.... Anugerah tesebut disampaikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Dato' Ir. Rosman bin Yahya.... Ramai jugak yang hadir ke dewan tu.... Kwn dapat jumpa rakan-rakan lama yang dah lama kwn tak jumpa sejak kwn dah bertukar ke Kuantan 2 tahun yang lepas.... Berborak sampai tak ingat nak bik gambar bersama.... Pada hari tu jugak diberitahu siapa pemenang dan penerima Anugerah Kualiti dimana pertandingan ni setiap tahun di buat oleh JKR Pahang untuk setiap jabatan JKR di seluruh Pahang menjalankan pengurusan dan pentabiran terbaik.... Pada tahun ni Juara keseluruhan pengurusan terbaik jatuh kepada JKR Daerah Jerantut.... Kwn tumpang gembira maklum Jerantut kan kampung kwn.... Habis dibolot hampir separuh katogeri yang dipertandingkan.... Ofis kwn cukup-cukup makan jek.... Bagi kwn semua bergantung kepada usaha, semangat berpasukan, jujur, amanah dan rajin dalam bekerja.... Ada semua tu akan beroleh kejayaan.... Lagi satu ketua pegawai yang mentadbir sesebuah jabatan harus ada keyakinan diri dan ingin melihat jabatannya berada ditahap terbaik demi nama baik jabatannya.... Betul tak?
Tapi apa yang berlaku separuhnya terlalu mementingkan diri sendiri dapat naik pangkat, gaji mahal, hidup mewah cukup.... Pejabat lantak lintang pukang tau keje mesti siap on time dan beres jek.... Ialah pegawai macam ni tau diaorg takkan bekerja terlalu lama di satu-satu jabatan jadi mereka ni tidak mengambil endah akan kemajuan jabatan.... Maju untuk diri sendiri, dapat gaji tiap-tiap bulan sudah !!!!!! Org yang tidak memikul tanggungjawab dan amanah diberikan jawablah sok di akhirat nanti.... Ya Allah jgnlah kau jadikan kwn ni salah seorang daripada mereka ni.... Mintak dijauhkan.... Amin....

Wednesday, December 1, 2010

Kuih Bingka Ubi Kayu




Salam kengkawan semua.... Diharap sihat sejahtera.... Maklum sekarang ni musim org demam selsema, batuk dan demam denggi.... Ahad minggu lepas tiba-tiba kwn ni terasa kempunan pulak nak makan Kuih Bingka Ubi Kayu, maka kwn ajak adik gi ronda ke pasar tani pagi tu semata-mata nak cari ubi kayu.... Ha nasib baik la jumpa jugak ubi kayu besor-besor kat gerai makcik ni.... Beli tak le banyak sangat cukup-cukup nak wat kuih je....
Tengahari tu kwn pun kupas dan sagat ubi kayu tu.... Hai punya la letih tapi krn nak makan kuih punya pasal wat jugak.... Kuih ni lagi la sedap kwn guna gula kabung yang di beli kat Jerantut oleh makcik mak kwn.... Guna gula kabung memang sedap tu sebab kalau wat dodol mesti wat dengan gula kabung, jarang guna gula merah.... Tapi tau-tau je le harga memang mahal.... Ok cerita balik pasal kuih bingka ubi kwn wat sukatan separuh dari yang asal.... Bukan apa takat 3 org je yang nak makan tak yah wat bnyk-bynk.... Rupa tak la berapa menarik tapi yang pasti rasanya hemmm menjilat jari....

Monday, November 29, 2010

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Ikan Tenggiri boleh dikatakan semua bahagian memang sedap dimakan.... Selalunya ramai org suka masak kari kepala ikan.... Isinya pulak sedap digoreng begitu sahaja, masak merah atau di wat bebola ikan pun boleh jugak.... Ekornya kalau bakar pun sedap cecah pulak dengan air asam hoi terangkat.... Tapi kwn rasa nak tukar la pulak menu ekor ikan tenggiri masak asam pedas.... Bukan pe itu je le bahagian ikan yang ada.... Rencahnya pun takat diletakkan daun kesum dan terung je.... Kira asam pedas kwn ni simple je....

Ayam Masak Merah


Salam sejahtera semua.... Kembali menjengah blog kwn yang telah menyepi sekian lama.... Tapi tak lama sangat pun bukannya sampai 1 tahun kan.... Kwang kwang kwang.... Bukan pe maklum sekarang kan musim kerajaan bahagian financial sibuk nak tutup akaun ni makanya jabatan kwn dok sibuk hantar kakitangannya berkursus yang mana tidak menepati sasaran 7 hari berkursus dalam setahun.... Termasuk la kwn sendiri kena jugak.... Nak wat macamana kita kan menurut perintah ikut je le.... Asalkan borang penilaian nanti tak le kosong tak berisi.... Lagi pun adat la jabatan nak habiskan duit peruntukkan.... Betul tak?
Kebetulan minggu lepas ada kwn lama dari Bera datang ke rumah jadinya hajat dihati nak wat nasi minyak..... Maka lauk utama mestilah Ayam masak merah.... Lagi pun memang lauk kegemarannya dari zaman bujang beliau lagi.... Kwn masak ayam tu agak berkuah sikit tak la kering sangat nak makan dengan nasi minyak nanti.... Hoi berselera jugak makan bersama-sama al maklum lama dah tak jumpa.... Kalau berborak memang tak ingat dunia.... Al hamdullilah kwn cakap masakan kwn sedap....


Thursday, November 11, 2010

Karipap Daging Frozen


Hai.... Cuaca agak mendung bila petang je mesti hujan lebat.... Jgn hujan tak berhenti selama 2 hari je alamatnye takut banjir.... Kesian dengan nasib saudara-saudara kt Perlis dan Kedah.... Banjir yang melanda agak teruk jugak dah ramai yang kehilangan nyawa.... Memang tak dinafikan sekarang dah memang musim hujan maka kena lah berjaga-jaga....

Hari Ahad lalu kwn tak sempat nak masukkan N3 tentang aktiviti kwn hujung minggu dengan keadaan mendung dan hujan terasa perut lapar pulak.... Kwn decide nak wat karipap frozen untuk stok musim hujan ni.... Kwn telek-telek dalam peti sejuk ade daging cincang yang kwn beli di Pasaraya Pantai Selamat mula-mula plan nak wat masak spagetti tapi tak jadi.... Takut daging tu tak elok baik kwn wat inti karipap.... Banyak jugak kwn wat doh kulit karipap maklum nak wat stok.... Puas jugak mengulinya naik lenguh di watnya.... Nak seribu daya tak nak seribu dalih.... Tapi kalau di tengokkan rupa karipap kwn ni cukup mengelembung padat semacam.... Kwn saja isi intinya agak penuh sikit boleh la makan untuk keluarga.... Tapi kalau nak wat niaga atau menjual mau-mau sebijik harga RM0.50.... Tapi mengenangkan kena menguli bertan-tan tepung doh tu baik kwn wat untuk nak makan wat keluarga je....

Saturday, October 30, 2010

Hati Goreng Cili Api



Cuaca cukup mendung dan tengahari tadi hujan turun lebat sekali.... Letih kwn bekejo mengangkat kain di ampaian.... Petang ni pukul 6.00 ingat nak turun jalan-jalan ke bandar gi depan bangunan Mara biasa le hari Sabtu de pasar malam.... Saje ronda-ronda, jamu mata dan rindu dah nak makan nasi goreng kangkung bundle dan tahu bakar.... Harap-harap jangan hujan lagi sudah.... Malam ni dinner nak masak hati kerbau yang dibeli di pasar tani minggu lepas.... Ingat nak goreng cili api je.... Potong bawang besar, lada, titik serai, tumbuk cili api lepas tu goreng hati tu bukan susah sangat.... Masak pun tak yah lama-lama takut nanti keras pulak hati tu.... Jangan kwn keras hati sudah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails