Sunday, May 15, 2011

Demo Masakan dari HBi anjuran Bake Mate Enterprise ~ 15/5/2011

Blueberry Fresh Cream Cake
Butter Cookies

Brownies Cheese Cake


Fondant Cookies


Chocolate Lava Cake

Salam di pagi minggu.... Agaknye ramai kengkawan bercuti sehingga esok memandangkan hari selasa 17hb cuti Hari Wesak.... Hari ni kwn bercadang nak ke Bake Mate untuk menengok demo dari Syarikat HBi yang mengeluarkan produk iaitu Butter Mas dan Tropica Coklat.... Demo hari ni mempunyai 5 resipi iaitu Blueberry Fresh Cream Cake, Cookies Fondant, Butter Cookies, Chocolate Lava Cake dan Brownies Cheese Cake.... Setiap yang mendaftar untuk hadir ke demo ni diberi percuma 1 tin Butter mas, Tropica Coklat dan 1 Non Dairy Cream. Walaupun ada resipi yang kwn dah pandai wat tapi kwn saja nak mengisi masa lapang kwn di hari minggu ni.... Tapi yang penting sekali kerja rumah harus didulukan maklum la rumah itu adalah syurga kita.... Walau pandai masak pun kita sebagai perempuan harus pastikan rumah sentiasa kemas dan terurus demi kebahagian keluarga kita.... Berbalik kepada demo tadi ramai jugak yang hadir sampai sesak diwatnye.... Adat la nama pun demo, chef dari HBi menunjukkan cara membuat kek dan biskut dan juga tidak lokek memberi tips dan pantang larang semasa membuat kek dan biskut.... Bayangkan chef kata yang Chocolate Lava Cake tu yang di jual di Domino's Pizza tu dijual dengan harga RM5 sebijik.... Tengok cara membuatnye tak la rumit sangat.... Rasanye memang best....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails