Monday, August 8, 2011

Juadah Berbuka Hari Ke-Tiga



Salam semua kengkawan terutama bagi umat islam yang sama-sama mengerjakan ibadah puasa.... Dah masuk seminggu kita berpuasa.... Sepanjang musim berpuasa ni masa begitu mencemburui kita.... Biasalah badan pun terasa penat, letih, tidur pun tak cukup tapi inilah mengorbanan kita terhadap agama dan ALLAH subhanahuwatala.... N3 yang kwn nak masukkan kali ni pun dah kira lambat.... Ini kwn nak kongsikan tentang juadah berbuka puasa pada hari ke 3 kita berpuasa.... Juadah kwn ni biasa-biasa je tak la semenarik macam juadah kengkawan blogger semua.... Hidangan manisan kali ni adalah Buah Melaka Kukus dan hidangan pedas iaitu Makaroni Goreng.... Manakala kuih popia dan murtabak mini dibeli di bazar ramadan je.... Manisan buah melaka kukus ni merupakan kegemaran mak kwn.... Dah jadi kebiasaan manisan buah melaka kukus ni diwat bila musim berpuasa.... Buatnye tak susah serupa cara membuat kuih buah melaka cuma kita wat kuah santannya dan kemudian kita kukus.... Kuahnye akan menjadi keras tapi bila memakannye lembut didalam mulut.... Makaroni goreng kwn masak saje-saje tukar selera sikit....Kadang-kadang bosan jugak dok asyik makan bihun goreng atau mee goreng....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails