Monday, April 16, 2012

Hari Keluarga KEWPER di A' Famosa Resort Hotel, Melaka ~ 06-08/04/12

Salam kepada semua bloggers.... Dah lama rasanye tak update blog.... Bukan tak buka internet tapi dok hadap Facebook je.... Hari ni kwn berpeluang untuk meluangkan masa untuk bercerita aktiviti kelab sukan Kewangan Negeri Pahang mengadakan Hari Keluarga KEWPER tahun 2012.... Hari Keluarga ni dibuat 2 tahun sekali.... Kelab KEWPER telah berpakat untuk mengadakan Hari Keluarga di A'Famosa Resort Hotel, di Melaka Negeri Bersejarah pada 06 - 08 April 2012.... Kami ahli-ahli KEWPER diberitahu kali ni hari keluarga hanya akan mengadakan aktiviti majlis makan malam bersama Dato' Norzan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.... Tiada aktiviti sukanika untuk hari keluarga kali ni dan siapa yang menyertai hari keluarga ini bebas melakukan aktiviti bebas atau family outing memandangkan di A'Famosa Resort itu sendiri terdapat Theme Park seperti Animal Safari, Water World dan Cowboy Town.... Kwn tak berapa suka ke Water World takut bermain air la katakan jadinye kwn gi melawat ke Animal Safari menengok gelagat binatang-binatang yang terdapat di sana.... Seronok jugak dapat tengok binatang-binatang disini tapi rasanye lagi seronok kalau gi ke ZOO Melaka.... Disini binatang terhad dan tak banyak untuk kwn nak lihat.... Letih jugak dok berlegar kat Animal Safari ni dan kwn terus balik ke hotel untuk mandi manda dan berehat sebelum bersiap untuk ke Majlis Makan Malam di Dewan Hang Tuah dan Hang Jebat di sebelah malamnye....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails