Hari ni saje nak testing rempah opor yang dibeli dengan saudara mak di kampung kwn Jerantut.... Rempah opor ni diwat sendiri oleh saudara.... Memang kat kampung ramai ode dgn dia kalau masa kenduri kahwin.... Maklum rempah tumbuk sendiri ni lgi sedap daripada yang di jual di kedai tu.... Harga pun boleh la tahan kalau tak silap 1 kilo dalam RM 27.00.... Makanye hari ni kwn dan mak kwn nak try testing masak opor daging kot-kot menjadi.... Sebenarnya dah lama tak masak opor ni.... Tak kena cara boleh hangit la, daging keras la dan mcm-mcm lagi.... Kwn kadang-kadang pelik kenapa sesetengah opor yang selalu kwn makan tu warna hitam sedangkan rempahnya warna merah coklat gitu.... Takkan masak lama benar sampai jadik hitam tak ke hangit nanti.... Rupa-rupanya opor daging yang selalu dimasak oleh org tu menjadi hitam diletaknye kicap pekat.... Eesss tak original la rasanye kan.... Padan rasa kadang-kadang pedor je.... Tapi dah memang resmi org Pahang mesti suka makan opor daging.... Masak punya masak akhirnya menjadi la.... Habis dapur bercap dengan kuah opor maklum dok percik sana sini.... apa pun opor daging memang sedap....
Monday, January 17, 2011
Sunday, January 16, 2011
Acar Buah
Semalam kwn tengok dalam kabinet ada buah-buahan kering hadiah dalam hamper masa hari raya tahun lepas.... Belek-belek kotaknya masih tak tarikh luput lagi.... Kwn pun bercadang nak wat acar buah.... Kebetulan dalam peti ada lobak jeruk yang kwn beli minggu lepas di pasaraya.... 6 jenis buah-buahan kering, bawang merah, bawang putih, cili api, jeruk lobak, kismis, cuka, gula, cili boh adalah bahan-bahan utama utk wat acar buah.... Tapi kalau nak sedap buah-buahan kering ni direndam semalaman dengan cuka sedikit bagi bahan tersebut meresap dan mesra.... Kalau dimasak nanti tak perlu lama sangat.... Ada org suka acar tu berasa manis tapi kwn lebih suka ada rasa masam, pedas dan manis.... Acar kalau betul cara memasaknye boleh tahan lama disimpan.... Dengan syarat jangan terkena air supaya acar tersebut tak berkulat dan berubah rasanye.... Pernah kwn pegi ke majlis kahwin kwn mak masa makan boleh dihidangkan ke tetamu yang hadir selain lauk pauk juga dihidangkan acar buah.... Cuba bayangkan berapa budget nak diwat acar buah utk tetamu dalam 1000 org.... Bukan tak tahu buah-buahan kering ni memang mahal harganya.... Tapi tak dinafikan acar buah memang sedap dimakan lebih-lebih lagi dengan nasi minyak dan nasi briyani....
Saturday, January 15, 2011
Majlis Jejak Tanah Cucu MB dan Majlis Perkahwinan Sepupu
Keesokkan malam majlis resepsi perkahwinan sepupu kwn di Dewan Jubli Perak.... Kwn dan family sampai awal masih tak ramai lagi orang datang.... Meja keluarga dan saudara pengantin terletak di hadapan pentas dimana pelamin berada.... Meja VIP dan orang ramai terletak ditengah-tengah dewan.... Ramai jugak VIP yang datang termasuk la big bos kwn Dato' Pengarah JKR Pahang dengan isterinya.... MB, anak-anak dan menantu beliau turut hadir sama.... Majlis tu turut dihadiri Tengku Puan Muda Pahang iaitu Cik Julita Aisyah.... Tengok dari dekat memang orangnya lawa dan cantik.... Family terdekat semua pakai tema coklat manakala belah pengantin perempuan pakai warna oren susu.... Kwn lupa nak bik gambar cenderahati kahwin maklum sakan nak bergambar dengan kengkawan dan atas pelamin.... Itu pun lepas tetamu semua dah balik....
Kerabu Mangga Seafood
Wednesday, January 12, 2011
Puding Roti
Kebetulan semalam cuaca kt kuantan cerah dan tak hujan terasa pulak nak wat manisan.... Roti pulak ada banyak kt rumah daripada membazir tidak dimakan maka kwn pun bercadang wat Puding Roti.... Kwn selalunya makan puding roti dengan ais krim coklat.... Manisan ni kwn guna susu cair kebetulan susu segar dah habis.... Rasanye lagi la sedap dan lemak berkrim....
Wednesday, December 15, 2010
Hari Paling Bermakna.......
Salam semua dan salam 1 Malaysia.... Dah naik sawang dah blog kwn ni.... Tapi tak pe kengkawan di sana setia menunggu akan story baru kan.... Bulan ni merupakan bulan yang cukup bermakna memandangkan bagi tahun baru Islam berlakunya 2 peristiwa bersejarah dan bermakna terhadap keluarga kwn....
Pada Awal Muharam yang lepas pada 7 hb Disember 2010 bapa saudara kwn iaitu Dato' Haji Hamid bin Haji Abd Rahman ( Bekas Hakim Mahkamah Syarie Pahang ) telah dicalonkan oleh Kerajaan Pahang menerima Tokoh Maal Hijrah pada tahun ni.... Kwn cukup surprise jugak bila baca dalam surat khabar terpampang muka beliau menerima tokoh tersebut.... Kwn tumpang gembira dan tahniah kat beliau....
Manakala semalam 14hb Disember pulak kwn telah mendapat jemputan ke Dewan Tun Razak , Temerloh untuk menghadiri Hari Inovasi JKR Pahang 2010.... Semalam kwn telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.... Seramai 8 org rakan sepejabat menerima anugerah tersebut.... Anugerah tesebut disampaikan oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Darul Makmur iaitu Dato' Ir. Rosman bin Yahya.... Ramai jugak yang hadir ke dewan tu.... Kwn dapat jumpa rakan-rakan lama yang dah lama kwn tak jumpa sejak kwn dah bertukar ke Kuantan 2 tahun yang lepas.... Berborak sampai tak ingat nak bik gambar bersama.... Pada hari tu jugak diberitahu siapa pemenang dan penerima Anugerah Kualiti dimana pertandingan ni setiap tahun di buat oleh JKR Pahang untuk setiap jabatan JKR di seluruh Pahang menjalankan pengurusan dan pentabiran terbaik.... Pada tahun ni Juara keseluruhan pengurusan terbaik jatuh kepada JKR Daerah Jerantut.... Kwn tumpang gembira maklum Jerantut kan kampung kwn.... Habis dibolot hampir separuh katogeri yang dipertandingkan.... Ofis kwn cukup-cukup makan jek.... Bagi kwn semua bergantung kepada usaha, semangat berpasukan, jujur, amanah dan rajin dalam bekerja.... Ada semua tu akan beroleh kejayaan.... Lagi satu ketua pegawai yang mentadbir sesebuah jabatan harus ada keyakinan diri dan ingin melihat jabatannya berada ditahap terbaik demi nama baik jabatannya.... Betul tak?
Tapi apa yang berlaku separuhnya terlalu mementingkan diri sendiri dapat naik pangkat, gaji mahal, hidup mewah cukup.... Pejabat lantak lintang pukang tau keje mesti siap on time dan beres jek.... Ialah pegawai macam ni tau diaorg takkan bekerja terlalu lama di satu-satu jabatan jadi mereka ni tidak mengambil endah akan kemajuan jabatan.... Maju untuk diri sendiri, dapat gaji tiap-tiap bulan sudah !!!!!! Org yang tidak memikul tanggungjawab dan amanah diberikan jawablah sok di akhirat nanti.... Ya Allah jgnlah kau jadikan kwn ni salah seorang daripada mereka ni.... Mintak dijauhkan.... Amin....
Wednesday, December 1, 2010
Kuih Bingka Ubi Kayu
Salam kengkawan semua.... Diharap sihat sejahtera.... Maklum sekarang ni musim org demam selsema, batuk dan demam denggi.... Ahad minggu lepas tiba-tiba kwn ni terasa kempunan pulak nak makan Kuih Bingka Ubi Kayu, maka kwn ajak adik gi ronda ke pasar tani pagi tu semata-mata nak cari ubi kayu.... Ha nasib baik la jumpa jugak ubi kayu besor-besor kat gerai makcik ni.... Beli tak le banyak sangat cukup-cukup nak wat kuih je....
Tengahari tu kwn pun kupas dan sagat ubi kayu tu.... Hai punya la letih tapi krn nak makan kuih punya pasal wat jugak.... Kuih ni lagi la sedap kwn guna gula kabung yang di beli kat Jerantut oleh makcik mak kwn.... Guna gula kabung memang sedap tu sebab kalau wat dodol mesti wat dengan gula kabung, jarang guna gula merah.... Tapi tau-tau je le harga memang mahal.... Ok cerita balik pasal kuih bingka ubi kwn wat sukatan separuh dari yang asal.... Bukan apa takat 3 org je yang nak makan tak yah wat bnyk-bynk.... Rupa tak la berapa menarik tapi yang pasti rasanya hemmm menjilat jari....
Subscribe to:
Posts (Atom)
