Thursday, April 28, 2011

Demo Nasi Ayam Hainnan je..............



Chef tengah angkat ayam untuk direndamkan dlm stok

Sessi mencuba nasi ayam hainnan

Salam wahai kengkawan blogger.... Bertemu kembali dengan harapan semua dalam keadaan sihat sokmo.... Dengan ditemani dengan cuaca panas terik hari ni kwn melangkah kaki menuju ke kelas demo masakan Nasi Ayam Hainnan di bandar.... Al maklum je kan kwn ni pengemar nasi ayam makanye kwn pun gi la ke demo tersebut.... Demo ni adalah anjuran syarikat unilever memperkenalkan pengunaan produk iaitu Perasa Knorr.... Demo pun demo la asalkan kwn dapat ilmu mengikuti step by step cara membuat nasi ayam hainnan ni.... Mungkin ada org tak mengemari demo kerana ialah takat menengok dan merasa masakan tersebut sahaja tapi bagi kwn yang penting ilmu.... Lepas ni demo wat pelbagai kek dan cookies pulak kwn nak gi.... Mungkin akan diwat pertengahan bulan Mei ni.... Lepas tu demo masakan dari produk Anchor dimasak oleh Chef Ismail & Florance Tan pulak.... Nanti demo coklat dari beryls.... Arhhh banyaknye boleh ke kwn gi ni.... Hemmm ni boleh la mengisi aktiviti kwn daripada dok melayari facebook setiap hari tapi tu la yang bestnye dapat chat dan tengok aktiviti kwn-kwn di facebook....

Monday, April 4, 2011

IKIP Culinaire Challenge 2011











Salam kengkawan blogger.... Diharapkan sihat sejahtera hendaknye.... Hari ni N3 yang kwn nak masukkan berkenaan Program Ikip Culinaire Challenge 2011 yang diadakan selama 3 hari bermula pada 1 - 3 April minggu lalu.... Kwn kebetulan ternampak banner program tu di bandar so kwn decide nak pegi la.... Kwn gi pada hari sabtu kebetulan kwn cuti, ramai jugak yang datang menengok program yang dianjurkan oleh Ikip ni.... Program ni pun pasal pertandingan masakan, menghias dan ukiran buah dan sayur.... Sebaik tiba je terus kwn ke kanopi putih dimana Chef Sabri tengah memberi ucapan dan bercerita tentang pengalaman beliau menjadi antara chef yang terkenal di Malaysia.... Ala yang dalam rancangan Spice Route tu di TV3 dan Kenduri di Astro.... Sebaik habis mendengar dan menengok beliau membuat demostrasi masakan dari jenama Adabi kwn pun gi ke Class 1 dimana segala pameran hasil tangan pelajar-pelajar hotel & katering di pamerkan.... Dalam pameran tu ada ukiran dari coklat, mentega, buah, sayur, pastri, dessert dan hiasan kek.... Manakala di kitchen ada pertandingan memasak main course dan Pahang Tradisional Cuisine.... Wow cara persembahan setiap masakan yang telah siap dimasak macam di hotel-hotel 5 bintang.... Acara waiter race pun ada.... Pada hari penutup pula dirasmikan oleh Tengku Puan Pahang.... Tuanku juga membuat demonstrasi memasak.... Kwn tak la gi pada hari penutup tu.... Bagus jugak rasanye dapat melihat hasil kreativiti pelajar-pelajar ni....

Monday, March 21, 2011

Kelas Cheese Kek ~ 20/03/2011


Kek Tiramisu

Kek Cheese Oreo

Kek Blueberry Cheese

Hai kengkawan blogger.... Diharap semua sihat sejahtera hendaknye.... Cuaca sekarang ni sekejap hujan sekejap panas.... Badan pun dah tak berapa sihat pening kepala, selsema, sakit tekak dan macam-macam penyakit hinggap dalam musim yang tak menentu ni.... Semalam biasa la kwn gi ke kelas wat cheese kek.... Dah jadi hobi kwn ni kan suka memasak jadi masa lapang dimenafaatkan dengan pergi ke kelas memasak.... Kali ni belajar wat cheese kek bukannya kwn ni tak pandai tapi kwn ni nak belajar cara-cara atau teknik yang mudah dan senang untuk membuat sebiji kek.... Kadang-kadang kita berpandukan kepada majalah dan resipi tetapi jikalau tak tahu teknik membuatnye maka tak jadi la sebuah kek yang sempurna.... Ramai jugak yang hadir ke kelas tersebut.... Tak rugi kwn gi sebab sememangnye kwn dan adik begitu minta makan cheese kek ni.... Selalunye kt kedai tiramisu lembik dan berkrim tapi yang kwn belajar tiramisu tu di campur dengan gelatin halal agar jadik kenyal sikit.... Dengan cara mcm tu boleh kita membentuknye menjadik sebuah kek.... Kalau sekali tengok mcm kek pandan layer tu.... Satu teknik baru tu....

Sunday, March 13, 2011

Kursus Di Woodland Resort, Taman Negara Jerantut


Berendam dalam air beramai-ramai lepas aktiviti team building

Assalamualaikum.... Dalam musim hujan lebat ni kwn semakin terasa malas nak update blog ni.... Ni pun dimasukkan N3 dah lama punye tapi saja wat tontonan kengkawan semua.... Pada bulan Februari lepas kwn dan rakan-rakan ofis gi kursus pengurusan kewangan di Woodland Resort, Taman Negara, Jerantut.... Malu nak story kwn ni tak pernah jejak kaki ke Taman Negara walaupun kampung kwn di Jerantut.... Kursus tu diadakan oleh Ibupejabat JKR Pahang selama 2 hari ni untuk memantapkan lagi kemahiran dan mengetahuan tentang tugas sebagai kerani kewangan.... Kwn ni jenis tak malu nak mengaku yang kwn ni keje sebagai kerani tak le sesetengah org tu.... Bila dah naik pangkat je terus malu nak mengaku pernah keje jadik kerani bawahan dulu.... Bukan mengutuk tapi itulah realiti kehidupan sekarang.... Kursus ni bagus jugak diadakan kerana boleh merapatkan silaturahim antara kerani-kerani kewangan di seluruh JKR Pahang....
Tempat menginapan kt sini memang best semua keperluan ada.... Cuma nak sampai ke resort ni memang la jauh ke dalam.... Puas jugak la kwn duduk dalam kereta sampai naik bosan bila nak sampai ke destinasi tu.... Selain daripada kursus ada juga program team building dimana kami akan menaiki bot merentasi sungai yang arusnye laju.... Kwn ni mengaku la takut sikit dengan air maklum pernah pengalaman hampir lemas kat kolam renang masa kecik-kecik dulu.... Rakan-rakan ofis cakap seronok giler sampai habis basah satu badan kena percikan air masa bot laju.... Makanan pun boleh tahan jugak sedapnye.... Kalau makan tengahari biasenye dihidangkan cara kampung.... Makan malam kami dihidangkan BBQ sampai makan tak ingat dunia.... Seronoknye jadik kengkawan kalau nak bercuti datanglah ke Taman Negara berbaloi....

Saturday, February 26, 2011

Rendang Kelempong / Paru-Paru


Hari ni cuaca panas seperti biasa.... Lepas tengok rencana IKS dan Apa Kata Wanita di TV1 rasa boring pulak tak tau nak wat pe.... Masuk bilik pe lagi dok bertenet tengok blog kengkawan dan fb.... Last-last mata pun naik kuyu makanya kwn pun take a nape le.... Bangun-bangun dah azan zohor.... Lepas sembahyang mak kwn tanya nak masak pe hari ni.... Ingat nak masak rendang maklum dah lama tak masak rendang.... Kwn pun kasi rebus kelempong bagi masak.... Nak rebus pun ambil masa jugak takut dalam dia masih tak masak dan berdarah lagi.... Lepas dah masak kwn hiris nipis-nipis.... Kemudian kwn masak rendang kelempong macam masak rendang daging atau ayam.... Rendang ni kalau makin lama makin sedap....

Thursday, February 24, 2011

Puding Coklat Karamel


Kwn ni dah lama dok merancang nak wat puding.... Lepas sehari ke sehari tak wat jugak.... Jadi hari isnin lepas kwn pun wat puding coklat karamel.... Kwn ni bukan pandai sangat wat puding tapi dah macam mengidam nak makan kwn pun try wat.... Kwn cilok resipi dari blog akak dari pekan jadik harap akak tu jangan marah ye.... Masa wat puding tu mengambil masa yang agak lama jugak maklum nak wat berlapis-lapis.... Akhirnye kwn selesai wat puding dan hasilnye agak tak berapa menyerlah dan keras sikit.... Tapi rasa manis dan lemak tu dah menepati citarasa kwn.... Cuma rupa dan tekstur tak berjaya mengenai sasaran.... he he he.... Pe-pe pon kwn lepas ni akan cuba wat lagik sampai berjaya....

Gulai Tulang



N3 ni sepatutnye kwn dah masukkan minggu lepas tapi tak kesempatan.... Dok asyik dengan aktiviti sendiri sampai lupa nak masukkan n3 ni dalam blog.... Kali ni kwn wat special menu untuk family iaitu gulai tulang.... Jangan pulak rasa pelik mungkin kengkawan biase dengar gulai kawah tapi sebenarnye bendanye sama je cuma yang itu daging tapi ni tulang.... Oiii sedap jugak tau rasenye kena pulak manis dari tulang tu.... Bahan-bahan rencahnye sama macam kita wat gulai kawah.... Kwn-kwn mesti try wat tak rugi.... Adik kwn makan sampai tak pandang orang dah dok hadap makan gulai tu.... Kwn pulak makan cecah dengan roti....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails