Monday, April 16, 2012

Majlis Makan Malam Bersama YB. PKN ~ 07/04/2012

Majlis Makan Malam untuk Hari Keluarga KEWPER diwat pada 07/04/2012 di Dewan Hang Tuah dan Hang Jebat.... Acara yang diadakan oleh KEWPER adalah Hadiah Anak Cemerlang untuk STPM / SPM, Pertandingan Pakaian Beragam untuk anak-anak ahli KEWPER, Persembahan Sekeluarga (Karaoke), Cabutan Bertuah dan Hamper dimana setiap ahli KEWPER yang hadir pada malam itu dapat hadiahnye dan acara terakhir sekali adalah Hadiah Ibu VOGUE dan Bapa COOL.... Kwn malam tu duduk semeja dengan rakan-rakan ofis sama Unit Khidmat Pengurusan.... Malam tu memang best dan happy sangat dapat tengok gelagat terpendam rakan-rakan ofis dan family diorang semua.... Majlis habis pada pukul tepat 12.00 malam.... Lepas habis kwn bergambar dengan rakan-rakan ofis dan terus balik ke bilik dan tidur.... Keesokkan hari kwn bertolak balik atau check out pada pukul 11.30 pagi selepas diberi KFC pada setiap ahli KEWPER....

Animal Safari ~ 06/04/2012

Sambungan dari cerita Hari Keluarga KEWPER 2 minggu lepas lawatan kwn ke Animal Safari di A' Famosa Resort, Hotel Melaka....

Hari Keluarga KEWPER di A' Famosa Resort Hotel, Melaka ~ 06-08/04/12

Salam kepada semua bloggers.... Dah lama rasanye tak update blog.... Bukan tak buka internet tapi dok hadap Facebook je.... Hari ni kwn berpeluang untuk meluangkan masa untuk bercerita aktiviti kelab sukan Kewangan Negeri Pahang mengadakan Hari Keluarga KEWPER tahun 2012.... Hari Keluarga ni dibuat 2 tahun sekali.... Kelab KEWPER telah berpakat untuk mengadakan Hari Keluarga di A'Famosa Resort Hotel, di Melaka Negeri Bersejarah pada 06 - 08 April 2012.... Kami ahli-ahli KEWPER diberitahu kali ni hari keluarga hanya akan mengadakan aktiviti majlis makan malam bersama Dato' Norzan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.... Tiada aktiviti sukanika untuk hari keluarga kali ni dan siapa yang menyertai hari keluarga ini bebas melakukan aktiviti bebas atau family outing memandangkan di A'Famosa Resort itu sendiri terdapat Theme Park seperti Animal Safari, Water World dan Cowboy Town.... Kwn tak berapa suka ke Water World takut bermain air la katakan jadinye kwn gi melawat ke Animal Safari menengok gelagat binatang-binatang yang terdapat di sana.... Seronok jugak dapat tengok binatang-binatang disini tapi rasanye lagi seronok kalau gi ke ZOO Melaka.... Disini binatang terhad dan tak banyak untuk kwn nak lihat.... Letih jugak dok berlegar kat Animal Safari ni dan kwn terus balik ke hotel untuk mandi manda dan berehat sebelum bersiap untuk ke Majlis Makan Malam di Dewan Hang Tuah dan Hang Jebat di sebelah malamnye....

Thursday, February 16, 2012

Mee Lidi Goreng Pedas

Salam semua blogger.... Hari Sabtu lepas memandangkan hari cuti kwn bercadang nak masak mee lidi goreng pedas.... Sesekali masak breakfast makanan berat dan lazat.... Mee Lidi merupakan kegemaran keluarga kwn.... Kwn wat rencahnye simple dan ringkas je.... Kwn letak fishball dan sayur je tapi itupun dah cukup menjadikan mee lidi goreng kwn ni sedap.... Lepas breakfast kwn dan mak nak wat tugas besar iaitu memotong dan mencantas pokok-pokok yang dah tumbuh tinggi dan dah merayap atas bumbung rumah.... Biasa la lepas makan kena wat kerja sikit biar jangan makanan yang kita makan jadi lemak degil yang terkumpul di tempat yang tak sepatutnye.... Biar keluar peluh sikit untuk kesihatan badan kita....

Wednesday, February 15, 2012

Coklat Mousse Cake



Hari ni terasa nak makan kek.... Kwn beli bahan-bahan untuk wat kek mousse coklat.... Kebetulan kwn ni memang kaki coklat bagai tidak boleh dipisahkan macam irama dengan lagu.... Kek ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk.... Kwn wat kurangkan sikit gula dari sukatan asalnya almaklum mak kwn ni tak suka manis sangat.... Kek ni rasa macam kek ais krim dan tak muak pun.... Jadik layan je la yea....

Monday, December 12, 2011

Deco Aising Kek




Salam semua bloggers.... Rindu rasanye dah lama tak berblog atas kesuntukkan masa.... Dengan cuaca yang tak menentu hingga bandar Kuantan dah dilanda banjir baru-baru ni hinggakan kwn hampir-hampir terpaksa cancel program kwn menghadiri Deco Aising Kek di salah sebuah kedai bakery di sini.... Hari Sabtu lepas kwn menghadiri deco saje-saje nak tengok dan belajar skill cara mendeco aising dengan mengunakan fresh cream.... Chef dari Vietnam dipanggil khas mewakili syarikat Rich yang mana terkenal dengan produk Fresh Creamnye yang lemak berkrim lagi lazat dan halal.... Kwn diberitahu oleh wakil Rich orang Vietnam memang suka kek yang dihiasi dengan dekorasi yang cantik-cantik dan kreatif kerana menganggap hadiah yang paling berharga untuk diberikan kepada kwn-kwn atau kepada orang yang tersayang.... Bahkan hasil dekorasi mereka lebih halus dan kreatif dari negara luar yang lain seperti china, hong kong dan lain-lain....Bila tengok kek tu terasa sayang untuk dimakan pulak.... Disini kwn loadkan gambar kek-kek yang di dekorasi masa program tersebut untuk tatapan kwn-kwn blogger....

Thursday, October 27, 2011

Kek Indulgence & Kek Opera ~ 23/10/2011




Hari Ahad yang lepas kwn menghadiri kelas masakan Linn untuk belajar wat kek yang paling popular sekarang ni iaitu Kek Indulgence dan Kek Opera.... Masa membuatnye agak rumit sikit maklum nak wat butterkrimnye dan kek tersebut kena disaluti dengan coklat ganachenye..... Sungguhpun rumit dan penat tapi seronok sebab wat kek bersama-sama dengan teman-teman yang belajar di kelas ni.... Kwn rasa berbaloi belajar dengan kak linn sebab dia tak lokek bagi tip-tip dari membancuh sampai la ke cara menyusun dan melepa krim diatas kek tersebut.... Rasa kek ni memang sedap.... Sesiapa yang minat dengan kek coklat memang kek ni teramat sedap dan krimnye pun tidak manis sangat dan menjemukan.... Kwn-kwn harus cuba kek ni berbaloi sangat-sangat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails