Monday, June 7, 2010

Kenduri Kahwin Toki & Tok Andak

Salam bersua kembali kepada kengkawan semua.... Sekarang ni cuti sekolah berkunjung kembali.... Tak yah cakap semua kengkawan mesti dah boleh agak apa lagi musim kenduri kahwin leeeee.... Bagi semua pengantin baru termasuk kengkawan blogger di sana tu kwn nak mengucapkan " SELAMAT PENGANTIN BARU , SEMOGA BERBAHAGIA SELALU " ....


Macam biase le kwn pun banyak dapat invitation dari sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan.... Tak tau mana nak gi poning jugak.... Tapi for sure kwn ni kena beringat sikit jangan makan lauk kenduri banyak sangat nanti berat body naik menjunam u.... Kesihatan comes first.... Maaf le kwn guna bahasa rojak lak.... Harap kengkawan tak marah yek.... Pada hari ahad lepas iaitu 6hb Jun kwn dan keluarga balik kampung atas jemputan Toki Andak sekeluarga perkahwinan anakanda puteri dan menjemput menantu.... Toki Andak adalah bapa saudara kepada mak kwn.... Yang kahwin tu sepupu mak kwn la....

Dalam perjalanan balik kampung adik kwn sebagai driver terhormat ambik keputusan ikut highway cepat sikit sampai.... Setiba kat Kerdau atau Kuala Krau rasanye kwn tertarik dengan pemandangan ladang kelapa sawit dimana banyaknye batang-batang kelapa sawit yang dah tua tercacak diantara pokok-pokok kelapa sawit.... Macam tiang elektrik pulak.... Selalunye pokok yang dah tua tak beri hasil akan dipotong dan dibakar tapi ni dibiarkan tercacak je.... Menarik jugak....



Masa kwn sekeluarga sampai para pengantin baru je nak naik pelamin.... Sedang molek la tu.... Jadi tanpa berlengah masa kwn suruh adik kwn ambik gambar pengantin dan sanak saudara yang datang menyerikan majlis tu.... Kwn pulak dalam keadaan muka yang bengkak pun tak lepas peluang nak posing sama dengan tok-tok saudara kwn.... Lauk kenduri memang mengancam ader acar masak, nenas pajeri, daging opor, tulang dan daging cincang kari, ayam berempah, nasi beriyani dan nasi putih.... Sungguhpun cuaca panas terik tapi suasana majlis tu memang ceria sungguh maklum sesekali dapat jumpa dengan sanak saudara dekat dan yang jauh.... Yang paling kwn happy sangat dapat tengok air muka mak kwn senyum sokmo....

Mai dan Tok Acu

Tok Anjang, Mak kwn, Tok Esah dan Tok Acu

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails