Sunday, June 27, 2010

Roti Canai

Semalam kwn dok belek-belek dalam almari dan peti sejuk apa yang ada untuk dibuat sarapan pagi untuk esok.... Jemu dah asyik makan nasi lemak, nasi dagang, mee goreng, jemput-jemput pisang, cekodok, mee sup.... Rasa nak wat roti canai pulak lah maklum lama dah tak makan.... Bahan-bahan nak wat roti canai macam tepung, shortening, susu pekat dan minyak ada maka tak susah la kwn nak mengadunnya....
Lepas dok mengadun sehingga menjadi doh tiba pulak masa nak menguli.... Kwn lebih puas hati kalau mengadun dan menguli pakai tangan baru sedap..... Nak menguli doh roti punya la seksa perlu tenaga yang kuat silap-silap muscle pun timbul.... Orang kata nak makan sedap kena la bersusah sikit nak watnya.... Baru kita dapat menikmati kelazatan makanan tu.... Dibandingkan dengan roti canai dijual di kedai bukan nak complain tapi dah la nipis, mahal dan kadang-kadang terasa liat dan rasa tepung sahaja pun ada....


Kebetulan mak kwn ada masak gulai daging cincang bersama tulang.... Alamak terangkat cecah makan bersama roti canai yang kwn wat ni.... Menjilat jari tak cukup sekeping seorang....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails