Saturday, January 22, 2011

Bengkel Bunga Squin & Crumble Rumble ~ 22/1/2011



Salam semua kengkawan blogger.... Hari ni kwn memenuhi hari cuti pada pagi Sabtu ni dengan menghadiri program Bengkel Bunga Squin & Crumble Rumble.... Pada mulanye kwn merancang nak join kelas masakan wat kek hari ni tapi kwn de terbuka blog salah seorang pengiat aktif menjahit manik nak wat bengkel di Kuantan pada hari ni.... Seperti kengkawan tau kwn kan peminat jahitan manik ni maka kwn takkan melepaskan peluang keemasan ni.... Bukan semua org pandai nak ajar jahit manik ni dan juga tak banyak bengkel jahit manik diadakan di Kuantan.... Tak macam kelas masakan tumbuh bagai cendawan mana-mana ade wat kelas masakan.... Setakat belajar memasak esok lusa boleh belajar tapi menjahit manik susah nak cari bengkel/kelas di Kuantan dan ia memerlukan minat, kemahiran dan penelitian untuk menjahitnya.... Hari ni kwn menghadiri bengkel menjahit manik dimana sifu yang mengajar kami adalah En. Aziz yang memang terkenal dengan hasil tangan beliau menjahit crumble rumble.... Beliau datang dari Perak dan sekarang memang beliau mengadakan bengkel seluruh Malaysia.... Beliau kata ikut sejarah org yang memperkenalkan jahitan crumble rumble ni ialah kak Ummi dari Peparidesign.... Setakat ni hanya 2 org lelaki sahaja yang bergiat aktif menjahit manik dan mempunyai blog mereka sendiri.... Orangnya ramah dan mudah bekerjasama dengannya.... Ada seramai 6 orang yang mengikuti bengkel tersebut.... Di Kuantan mungkin org masih tak didedahkan dengan jahitan manik atau pun tidak berminat dengan dunia menjahit kot yang menyebabkan tak berapa mendapat sambutan.... Tapi tak pe kwn tetap berminat dan ingin belajar teknik-teknik menjahit manik dengan betul.... Jahitan manik crumble ni bukannye susah tapi nak kena pandai mitch & match warna manik dengan kain yang hendak dijahit.... Mula-mula susah jugak tapi bile tengok resultnye memang cantik.... Terasa memang berbaloi hadir bengkel ni.... Sebenarnya pada kwn kalau sikit org yang hadir lagi cepat pandai menjahit manik tu bukan pe sifu boleh ajar tiap-tiap org. secara perseorangan....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails