Sunday, June 26, 2011

Chef Ismail dan Chef FloranceTan - Bakeri & Kulinari Produk Anchor ( 26/06/2011 )



Kek Keju Mentega Kacang
Ayam Percik
Bingka Makaroni Keju
Sesi Menyanyi Lagu Hari Raya





Salam semua blogger.... Diharapkan semua dalam keadaan kesihatan yang baik dan ceria sokmo.... Semalam kwn gi ke demontrasi kembara bersama 2 Chef terkenal tanah air iaitu Chef Ismail dan Chef Florance Tan.... Kebetulan hari ahad cuti dah jadi kebiasaan kwn membuat aktiviti menghadiri program masakan dan semalam kwn ke Hotel Vistana dimana demontrasi tu bermula pada pukul 2.00 ptg.... Ramai jugak yang datang ingatkan ramai peserta perempuan tetapi ada jugak peserta lelaki yang hadir.... Sebelum program demo dijalankan Chef Ismail dan Chef Florance Tan berbuat sesi perkenalan dan mengajak para peserta bangun untuk menjalani sesi memanaskan badan dan berjoget.... Lucu jugak kena menari dan berjoget tarian melayu beramai-ramai....
Pukul 3.00 ptg baru demo masakan dijalankan bermula dengan Chef Florance Tan dengan resipi biskut bangkit, biskut cheese tart nenas dan kek keju mentega kacang.... Dok asyik berseloroh dengan peserta sampai biskut tart nenas tu hangus diwatnye.... Manakala Chef Ismail pulak mendemo resipi ayam percik dan bingka makaroni cheese.... Kesemua resipi memang sedap dan berbaloi.... Mana tak sedap pakai produk berunsur susu dari Anchor.... Barang baik harga pun baik masakan pun jadik sedap la lemak dan berkrim.... Sepanjang demo ni dijalankan memang tiada sesi yang membosankan bahkan ramai peserta tidak segan silu bertanya tips-tips dan berjenaka bergurau senda dengan chef berdua ni.... Siap lepas selesai masak kedua chef mengajak para peserta menyanyi lagu hari raya lagi.... Ada pertandingan menyanyi lagu hari raya untuk sape yang nak hadiah apron dan topi produk anchor.... Sebagaimana ramah mereka ni dalam TV sebegitula di luar bersama para peserta.... Setelah habis demo kwn pun tak lepas peluang mencuba masakan yang didemokan dan mengambil gambar bersama kedua-dua chef ni.... Jangan jealous u.... Peluang hanya datang sekali je....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails