Sunday, June 19, 2011

Demo The Chocolate Rush dari Beryl's Gourmet ~ 18/06/2011

Chef Jose

Brownies
Chocolate & Mango Gateaux
Milk Chocolate Cheesecake
Semalam kwn ke demo anjuran Beryl's Gourmet " The Chocolate Rush ".... 2 jenis kek ni ditunjukkan cara buatannye dan bahan utama digunakan adalah dari coklat compound dan conventure Beryl's.... Chef Jose " Joy " walaupun tidak berapa pandai berbahasa melayu tapi beliau seorang yang agak peramah dan tak lokek menunjukkan cara dan memberi tips apabila kita menggunakan coklat dalam membuat kek.... Sebelum ni kwn ingat coklat compound dan conventure hanya khas untuk membuat coklat sahaja tapi apabila kwn gi ke demo semalam baru la tau yang coklat ni boleh digunakan dalam ramuan membuat kek.... Apabila dirasa kek yang chef Joy wat semalam rasanye lagi sedap, lemak berkrim dan mempunyai rasa yang berlainan dari kita menggunakan coklat masakan biasa.... Cara dan teknik pembuatan kek pun tidaklah sesukar yang dijangkakan.... Kwn kagum dengan kek yang chef joy wat semalam dan cara dekorasinye walaupun agar simple tapi nampak macam kek hotel 5 bintang.... Beliau juga mengajar kami cara-cara nak deko dan mencantikkan kek dengan menggunakan coklat dan transfer sheet.... Demo semalam jugak kwn berjumpa dengan rakan blogger kak aidah, kak aida dan kak rokiah....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails