Sunday, January 30, 2011

Majlis Perkahwinan Anak Dato' Hj. Abdul Manan




Hari ni pagi ahad hujan lebat tak berhenti-henti.... Ikutkan program hari ni nak ke jemputan kahwin anak perempuan Dato' Hj. Abdul Manan di Perumahan Bukit Rangin, Permatang Badak Baru.... Kwn gi bersama ofismate.... Nasib baik la hujan dah reda sikit masa kami bertolak ke majlis kahwin tu.... Mula-mula sesat jugak nak ke tempat majlis tu al maklum jarang-jarang jugak kwn ke Permatang Badak ni.... Nak tgk peta pada kad undangan tu punya la kecik kemetot kalau nak baca kena pakai kanta besar.... Pusing punya pusing sampai jugak akhirnye majlis tu diwat kt padang besar berhampiran dengan tangki JBA.... Tema warna majlis tu pink dan putih.... Sampai je kwn dan ofismate terus ke bahagian buffet apa lagi makan la....
Tengok lauk pauk nye adalah nasi putih, nasi minyak pelangi, ikan kering goreng, ikan masin masak cili padi, ayam goreng berempah, daging opor, daging kawah, kerabu perut dan buah-buahan.... Ramai jugak yang datang boleh dikira semua bangsa ada.... Lepas selesai je makan perut dah kenyang, dah tengok pelamin makanye beransur la pulang.... Sebelum pulang ade la diberi cenderahati / doorgift kepada yang hadir.... Masa balik hujan molek je turun renyai-renyai.....

Sunday, January 23, 2011

Sambungan Bengkel Crumble Rumble ~ 22/1/2011

Posing jadik model pulak he he.... Saja tayang hasil jahitanku.... Cantik tak?


Punya la kusyuk rakan-rakan menjahit manik sampai lupa nk makan tgh.... En Aziz sampai susah hati tengok kami semua tak nak makan....

Bergambar bersama dengan sifu En. Aziz orgnye ramah tamah je.... Siap tunjuk sijil uuuu.... Sebelah kanan kwn satu-satunya peserta lelaki En. Sany org Chini katanye.... Boleh tahan jugak jahitannye.... Cita-cita nak jadik florist bukak kedai bunga.... Keje jadik penari....



Bergambar sebelum bersurai.... Dah janji nak hadir sama-sama ke kelas Jahitan Manik 3D yang akan diwat pada hujung bulan Mac nanti.... Tak sabar-sabar rasanye....

Saturday, January 22, 2011

Bengkel Bunga Squin & Crumble Rumble ~ 22/1/2011



Salam semua kengkawan blogger.... Hari ni kwn memenuhi hari cuti pada pagi Sabtu ni dengan menghadiri program Bengkel Bunga Squin & Crumble Rumble.... Pada mulanye kwn merancang nak join kelas masakan wat kek hari ni tapi kwn de terbuka blog salah seorang pengiat aktif menjahit manik nak wat bengkel di Kuantan pada hari ni.... Seperti kengkawan tau kwn kan peminat jahitan manik ni maka kwn takkan melepaskan peluang keemasan ni.... Bukan semua org pandai nak ajar jahit manik ni dan juga tak banyak bengkel jahit manik diadakan di Kuantan.... Tak macam kelas masakan tumbuh bagai cendawan mana-mana ade wat kelas masakan.... Setakat belajar memasak esok lusa boleh belajar tapi menjahit manik susah nak cari bengkel/kelas di Kuantan dan ia memerlukan minat, kemahiran dan penelitian untuk menjahitnya.... Hari ni kwn menghadiri bengkel menjahit manik dimana sifu yang mengajar kami adalah En. Aziz yang memang terkenal dengan hasil tangan beliau menjahit crumble rumble.... Beliau datang dari Perak dan sekarang memang beliau mengadakan bengkel seluruh Malaysia.... Beliau kata ikut sejarah org yang memperkenalkan jahitan crumble rumble ni ialah kak Ummi dari Peparidesign.... Setakat ni hanya 2 org lelaki sahaja yang bergiat aktif menjahit manik dan mempunyai blog mereka sendiri.... Orangnya ramah dan mudah bekerjasama dengannya.... Ada seramai 6 orang yang mengikuti bengkel tersebut.... Di Kuantan mungkin org masih tak didedahkan dengan jahitan manik atau pun tidak berminat dengan dunia menjahit kot yang menyebabkan tak berapa mendapat sambutan.... Tapi tak pe kwn tetap berminat dan ingin belajar teknik-teknik menjahit manik dengan betul.... Jahitan manik crumble ni bukannye susah tapi nak kena pandai mitch & match warna manik dengan kain yang hendak dijahit.... Mula-mula susah jugak tapi bile tengok resultnye memang cantik.... Terasa memang berbaloi hadir bengkel ni.... Sebenarnya pada kwn kalau sikit org yang hadir lagi cepat pandai menjahit manik tu bukan pe sifu boleh ajar tiap-tiap org. secara perseorangan....

Monday, January 17, 2011

Opor Daging


Hari ni saje nak testing rempah opor yang dibeli dengan saudara mak di kampung kwn Jerantut.... Rempah opor ni diwat sendiri oleh saudara.... Memang kat kampung ramai ode dgn dia kalau masa kenduri kahwin.... Maklum rempah tumbuk sendiri ni lgi sedap daripada yang di jual di kedai tu.... Harga pun boleh la tahan kalau tak silap 1 kilo dalam RM 27.00.... Makanye hari ni kwn dan mak kwn nak try testing masak opor daging kot-kot menjadi.... Sebenarnya dah lama tak masak opor ni.... Tak kena cara boleh hangit la, daging keras la dan mcm-mcm lagi.... Kwn kadang-kadang pelik kenapa sesetengah opor yang selalu kwn makan tu warna hitam sedangkan rempahnya warna merah coklat gitu.... Takkan masak lama benar sampai jadik hitam tak ke hangit nanti.... Rupa-rupanya opor daging yang selalu dimasak oleh org tu menjadi hitam diletaknye kicap pekat.... Eesss tak original la rasanye kan.... Padan rasa kadang-kadang pedor je.... Tapi dah memang resmi org Pahang mesti suka makan opor daging.... Masak punya masak akhirnya menjadi la.... Habis dapur bercap dengan kuah opor maklum dok percik sana sini.... apa pun opor daging memang sedap....

Sunday, January 16, 2011

Acar Buah




Separuh hari kwn menolong mak menebas dan memotong pokok bunga.... Maklum lepas musim hujan banyak sampah semak samun dan longkang hendak dibersihkan.... Takut denggi melanda dah la sekarang musim angin kuat nyamuk pun banyak.... Sesekali keluar peluh terasa sihat badan sikit....
Semalam kwn tengok dalam kabinet ada buah-buahan kering hadiah dalam hamper masa hari raya tahun lepas.... Belek-belek kotaknya masih tak tarikh luput lagi.... Kwn pun bercadang nak wat acar buah.... Kebetulan dalam peti ada lobak jeruk yang kwn beli minggu lepas di pasaraya.... 6 jenis buah-buahan kering, bawang merah, bawang putih, cili api, jeruk lobak, kismis, cuka, gula, cili boh adalah bahan-bahan utama utk wat acar buah.... Tapi kalau nak sedap buah-buahan kering ni direndam semalaman dengan cuka sedikit bagi bahan tersebut meresap dan mesra.... Kalau dimasak nanti tak perlu lama sangat.... Ada org suka acar tu berasa manis tapi kwn lebih suka ada rasa masam, pedas dan manis.... Acar kalau betul cara memasaknye boleh tahan lama disimpan.... Dengan syarat jangan terkena air supaya acar tersebut tak berkulat dan berubah rasanye.... Pernah kwn pegi ke majlis kahwin kwn mak masa makan boleh dihidangkan ke tetamu yang hadir selain lauk pauk juga dihidangkan acar buah.... Cuba bayangkan berapa budget nak diwat acar buah utk tetamu dalam 1000 org.... Bukan tak tahu buah-buahan kering ni memang mahal harganya.... Tapi tak dinafikan acar buah memang sedap dimakan lebih-lebih lagi dengan nasi minyak dan nasi briyani....

Saturday, January 15, 2011

Majlis Jejak Tanah Cucu MB dan Majlis Perkahwinan Sepupu









Kalau nak kira N3 ni sepatutnye dah lama di N3 kan.... Tapi al maklum dok sibuk memanjang boleh lupa nak masukkan N3 ni.... Pada bulan Disember 2010 lepas bapa saudara kwn Dato' Haji Hamid Abd. Rahman melangsungkan hari perkahwinan anak beliau Mohd Tishamuddin dan pasangannya Wan Nur Hidayah di Dewan Jubli Perak Kuantan.... Sebelum itu diadakan majlis jejak tanah bagi cucu MB di rumah dimana menantu MB iaitu Pn. Jamaliah Lee Abdullah adalah anak angkat kepada bapa saudara kwn.... Jadi mak saudara kwn berhajat la nak wat majlis jejak tanah untuk cucu MB ni.... Jemputan pada majlis tu adalah dalam 100 orang dimana rakan-rakan dan saudara-mara terdekat dijemput.... Majlis tu juga dihadiri Dato' Seri Adnan, isteri beliau, anak-anak dan menantu beliau.... Menantu MB nampak agak kekok mulanya nak memangku anaknya dalam majlis tu mungkin anak pertama lagi pulak masih tak paham dengan adat-adat melayu ni....
Keesokkan malam majlis resepsi perkahwinan sepupu kwn di Dewan Jubli Perak.... Kwn dan family sampai awal masih tak ramai lagi orang datang.... Meja keluarga dan saudara pengantin terletak di hadapan pentas dimana pelamin berada.... Meja VIP dan orang ramai terletak ditengah-tengah dewan.... Ramai jugak VIP yang datang termasuk la big bos kwn Dato' Pengarah JKR Pahang dengan isterinya.... MB, anak-anak dan menantu beliau turut hadir sama.... Majlis tu turut dihadiri Tengku Puan Muda Pahang iaitu Cik Julita Aisyah.... Tengok dari dekat memang orangnya lawa dan cantik.... Family terdekat semua pakai tema coklat manakala belah pengantin perempuan pakai warna oren susu.... Kwn lupa nak bik gambar cenderahati kahwin maklum sakan nak bergambar dengan kengkawan dan atas pelamin.... Itu pun lepas tetamu semua dah balik....













Kerabu Mangga Seafood


Bersyukur kepada hadrat illahi dah 2-3 hari ni cuaca dah kembali cerah.... Semalam de kwn mak bagi 3 biji mangga muda.... Katanye mangga dari pokok kat rumah dia.... Mungkin sesetengah org suka makan mangga muda begitu saje kadang-kadang tu wat colek.... Macam org mengandung pulak.... Tapi kwn bercadang nak wat kerabu mangga.... Lagi sedap kalau dicampur dengan udang dan sotong yang telah direbus.... Kwn lagi suka kalau kerabu tu agak basah atau berkuah sikit dgn mengambil sikit air rebusan sotong dan udang agar kerabu tu ada rasa manis, masam dari mangga dan air limau nipis dan pedas dari cili api.... Kwn wat kerabu ni adalah ala-ala kerabu thai sikit.... Cuma yang berbeza sikit ialah kwn tak guna sos ikan.... Mengangkat selera makan tengahari nanti....

Wednesday, January 12, 2011

Puding Roti

Salam semua blogger.... Masih tidak terlambat untuk kwn mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kpd kwn-kwn blogger tak kira mana jua anda berada dan berharap tahun ini akan menjadi suatu peristiwa yang manis & menanam azam yang baru....
Kebetulan semalam cuaca kt kuantan cerah dan tak hujan terasa pulak nak wat manisan.... Roti pulak ada banyak kt rumah daripada membazir tidak dimakan maka kwn pun bercadang wat Puding Roti.... Kwn selalunya makan puding roti dengan ais krim coklat.... Manisan ni kwn guna susu cair kebetulan susu segar dah habis.... Rasanye lagi la sedap dan lemak berkrim....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails