Sunday, June 3, 2012

Lawatan ke JPO dan Universal Studio Singapore bersama KEWPER ~ 26-27/05/12

Minggu lepas Kelab KEWPER telah mengadakan sesi aktiviti kelab iaitu membuat Lawatan ke JPO dan 2Universal Studio Singapura (USS) selama 2 hari iaitu pada tarikh 26 hingga 27 Mei 2012.... Disebabkan ramai yang masih tidak pernah menjejakkan kaki ke Johor Premium Outlet dan USS makanya kami mengambil kesempatan untuk pergi memandangkan pakej yang kami pergi ni ditanggung separuh oleh kelab KEWPER.... Boleh dikira subsidi la bagi kakitangan awam macam kwn ni.... Peluang dah ada terus grab je la.... Kwn ni seminggu sebelum nak bertolak gi tu mula la sibuk berkejar ke Pejabat Imigresen almaklum nak wat pasport.... Mujur la masa tu tak ramai sangat yang nak wat pasport klau idak sehari suntuk la berkhemah di Pejabat Imigresen tu.... Pada 26 haribulan tu kami bertolak ke Johor pada pukul 8.00 pagi dari SUK Kuantan menaiki bas jabatan.... Dalam perjalanan faham-faham je la mesti de je tempat persinggahan pantang jumpa stesen minyak mesti berhenti nak ke tandas terutama kaum perempuan.... Dah la tu jalan ke Johor macam berbukit-bukit dan menjalar macam ular maka ada sebahagian kwn-kwn sepejabat yang mabuk pening sampai de yang muntah-muntah.... Masa dijangka sampai ke Johor sepatutnya pada pukul 12 tgh akhirnya tub tub sampai pukul 2.00 ptg....
Setibanya di pusat bandar kami terus ke Hotel Penginapan kami iaitu 11@Century terletak bersebelahan dengan pasaraya dan resort hotel KSC.... Kami terus ke makan tengahari di Hotel tersebut.... Memang masa tu semua kelaparan yang amat.... Kami check-in ke bilik masing-masing berehat sebelum bertolak ke JPO pada pukul 4.00 ptg pulak....
Bagi kwn yang tak pernah menjejakkan kaki ke JPO tak sabar nak ke sana.... Bukan nak bershopping sangat tapi nak tengok suasana tempat dan kedai butik yang gah indah yang diperkatakan oleh org yang pernah gi ke JPO.... Nak membeli memang tak mampu harga barang memang mahal.... Just cuci mata je le....
Kwn-kwn semua siap berposing di setiap outlet di sana termasuk la kwn jugak.... Letih jugak diwatnye berjalan ke setiap outlet dok membelek-belek tapi membelinye idak le.... Dalam pukul 7.00 malam baru la kami berkumpul di bas untuk bertolak balik ke pusat bandar untuk makan malam di Restoran D' Muara.... Merasa la makan masakan org johor....
Lepas makan terus balik ke Hotel berehat dan tidur sebab esok kami akan ke USS ( Pulau Sentosa ) Lion City di awal pagi....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails