Sunday, June 3, 2012

Sambungan Ke Universal Studio Singapura ~ 27/05/12

Sebelum trip ke Singapura kami bersama-sama turun ke lobby untuk mengambil breakfast di hotel tersebut.... Kami bertolak dengan menaiki bas travel agent dan diberi penerangan sedikit apabila memasuki Singapura.... Kami dinasihatkan menjaga tingkah laku memandangkan org Singapura ni agak berlagak sikit, tidak dibenarkan membawa rokok yang masih tidak dibuka bungkusannya dan gula getah dilarang sama sekali dibawa bersama.... Kami juga diberitahu kena membawa air mineral secukupnya bukan untuk minum tetapi untuk digunakan apabila menggunakan tandas memandangkan tandas disana tiada paip getah untuk membasuh apabila membuang.... Jadi faham-faham je la.... Apabila sampai ke tambak Johor hati kwn berasa berdebar bercampur gembira bila dapat melihat Pulau Singapura berada berdekatan di depan mata.... Itu pun kami naik bas je.... Sampai je ke Pusat Imigresen Singapura kami terpaksa beratur panjang untuk di kaunter pemeriksaan pasport.... Macam-macam jenis org asing yang ada beratur bersama dengan kami.... Alhamdullillah kami tiada menghadapi masalah dengan pihak imigresen Singapura dan mereka memberi senyuman pada kami semua....
Akhirnya kami selamat sampai ke depot bas yang menunggu kami dan kami meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa di mana Universal Studio berada.... Kami kagum dengan pusat bandar Singapura yang pesat membangun dengan berbagai keunikkan bentuk bangunan pencakar langit mereka.... Dan yang paling mashyur sekarang ni adalah Marina Sand Bay memang unik rekaan bangunannya.... Kami sampai ke USS pada pukul 9.30 pagi dan menunggu wakil Travel Agent membeli Tiket untuk memasuki USS.... Sambil menunggu apa lagi kwn pun berposing di depan Lambang besar Universal Studio.... Punya la ramainya org sibuk bergambar kena pulak masa tu musim  cuti sekolah.... Kami diberi tiket masuk dan tiket baucer makanan S10 dolar.... Tapi travel agent tu cakap tak cukup nanti kena tambah dengan duit untuk makan dan minum boleh dikatakan sekali makan kos sebanyak S20 dolar Singapura.... Mahal tapi nak wat macamana tapi jgn risau memang de kedai jual makanan halal.... Dalam USS banyak tempat kami gi iaitu Madagascar, Transformer, Shrek, Mummy, Waterworld dan lain-lain lagi.... Memang fun sangat.... Ada ketika kami dikejar oleh org bertopeng Frakenstein memang menakutkan macam real je costumnye.... Berbaloi sape yang gi ke USS ni.... Fun dan Adventure.... Macam berada di HOLLYWOOD pulak....
Gambar ni diambil kawasan hadapan pintu masuk USS.... Seronok bangat....
        Memang lawa sangat perempuan ni.... Cute dan putih macam snow white....
Berada bersama kawan-kawan di Tranformers The Ride 3D.... Memang best macam real betul berada dalam movie transformers....
Berada di hadapan Castle of Shrek....

My Lunch - Rosted Chicken with ricevand Cherry Sorbet....
Walk of STARS....
Tiket untuk masuk USS....


Bugis Street

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails