Monday, August 6, 2012
Kek Coklat Mousse....
Sunday, June 3, 2012
Sambungan Ke Universal Studio Singapura ~ 27/05/12
Sebelum trip ke Singapura kami bersama-sama turun ke lobby untuk mengambil breakfast di hotel tersebut.... Kami bertolak dengan menaiki bas travel agent dan diberi penerangan sedikit apabila memasuki Singapura.... Kami dinasihatkan menjaga tingkah laku memandangkan org Singapura ni agak berlagak sikit, tidak dibenarkan membawa rokok yang masih tidak dibuka bungkusannya dan gula getah dilarang sama sekali dibawa bersama.... Kami juga diberitahu kena membawa air mineral secukupnya bukan untuk minum tetapi untuk digunakan apabila menggunakan tandas memandangkan tandas disana tiada paip getah untuk membasuh apabila membuang.... Jadi faham-faham je la.... Apabila sampai ke tambak Johor hati kwn berasa berdebar bercampur gembira bila dapat melihat Pulau Singapura berada berdekatan di depan mata.... Itu pun kami naik bas je.... Sampai je ke Pusat Imigresen Singapura kami terpaksa beratur panjang untuk di kaunter pemeriksaan pasport.... Macam-macam jenis org asing yang ada beratur bersama dengan kami.... Alhamdullillah kami tiada menghadapi masalah dengan pihak imigresen Singapura dan mereka memberi senyuman pada kami semua....
Akhirnya kami selamat sampai ke depot bas yang menunggu kami dan kami meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa di mana Universal Studio berada.... Kami kagum dengan pusat bandar Singapura yang pesat membangun dengan berbagai keunikkan bentuk bangunan pencakar langit mereka.... Dan yang paling mashyur sekarang ni adalah Marina Sand Bay memang unik rekaan bangunannya.... Kami sampai ke USS pada pukul 9.30 pagi dan menunggu wakil Travel Agent membeli Tiket untuk memasuki USS.... Sambil menunggu apa lagi kwn pun berposing di depan Lambang besar Universal Studio.... Punya la ramainya org sibuk bergambar kena pulak masa tu musim cuti sekolah.... Kami diberi tiket masuk dan tiket baucer makanan S10 dolar.... Tapi travel agent tu cakap tak cukup nanti kena tambah dengan duit untuk makan dan minum boleh dikatakan sekali makan kos sebanyak S20 dolar Singapura.... Mahal tapi nak wat macamana tapi jgn risau memang de kedai jual makanan halal.... Dalam USS banyak tempat kami gi iaitu Madagascar, Transformer, Shrek, Mummy, Waterworld dan lain-lain lagi.... Memang fun sangat.... Ada ketika kami dikejar oleh org bertopeng Frakenstein memang menakutkan macam real je costumnye.... Berbaloi sape yang gi ke USS ni.... Fun dan Adventure.... Macam berada di HOLLYWOOD pulak....
Gambar ni diambil kawasan hadapan pintu masuk USS.... Seronok bangat....
Memang lawa sangat perempuan ni.... Cute dan putih macam snow white....
Berada bersama kawan-kawan di Tranformers The Ride 3D.... Memang best macam real betul berada dalam movie transformers....
Berada di hadapan Castle of Shrek....
My Lunch - Rosted Chicken with ricevand Cherry Sorbet....
Walk of STARS....
Tiket untuk masuk USS....
Bugis Street
Lawatan ke JPO dan Universal Studio Singapore bersama KEWPER ~ 26-27/05/12
Minggu lepas Kelab KEWPER telah mengadakan sesi aktiviti kelab iaitu membuat Lawatan ke JPO dan 2Universal Studio Singapura (USS) selama 2 hari iaitu pada tarikh 26 hingga 27 Mei 2012.... Disebabkan ramai yang masih tidak pernah menjejakkan kaki ke Johor Premium Outlet dan USS makanya kami mengambil kesempatan untuk pergi memandangkan pakej yang kami pergi ni ditanggung separuh oleh kelab KEWPER.... Boleh dikira subsidi la bagi kakitangan awam macam kwn ni.... Peluang dah ada terus grab je la.... Kwn ni seminggu sebelum nak bertolak gi tu mula la sibuk berkejar ke Pejabat Imigresen almaklum nak wat pasport.... Mujur la masa tu tak ramai sangat yang nak wat pasport klau idak sehari suntuk la berkhemah di Pejabat Imigresen tu.... Pada 26 haribulan tu kami bertolak ke Johor pada pukul 8.00 pagi dari SUK Kuantan menaiki bas jabatan.... Dalam perjalanan faham-faham je la mesti de je tempat persinggahan pantang jumpa stesen minyak mesti berhenti nak ke tandas terutama kaum perempuan.... Dah la tu jalan ke Johor macam berbukit-bukit dan menjalar macam ular maka ada sebahagian kwn-kwn sepejabat yang mabuk pening sampai de yang muntah-muntah.... Masa dijangka sampai ke Johor sepatutnya pada pukul 12 tgh akhirnya tub tub sampai pukul 2.00 ptg....
Setibanya di pusat bandar kami terus ke Hotel Penginapan kami iaitu 11@Century terletak bersebelahan dengan pasaraya dan resort hotel KSC.... Kami terus ke makan tengahari di Hotel tersebut.... Memang masa tu semua kelaparan yang amat.... Kami check-in ke bilik masing-masing berehat sebelum bertolak ke JPO pada pukul 4.00 ptg pulak....
Bagi kwn yang tak pernah menjejakkan kaki ke JPO tak sabar nak ke sana.... Bukan nak bershopping sangat tapi nak tengok suasana tempat dan kedai butik yang gah indah yang diperkatakan oleh org yang pernah gi ke JPO.... Nak membeli memang tak mampu harga barang memang mahal.... Just cuci mata je le....
Kwn-kwn semua siap berposing di setiap outlet di sana termasuk la kwn jugak.... Letih jugak diwatnye berjalan ke setiap outlet dok membelek-belek tapi membelinye idak le.... Dalam pukul 7.00 malam baru la kami berkumpul di bas untuk bertolak balik ke pusat bandar untuk makan malam di Restoran D' Muara.... Merasa la makan masakan org johor....
Lepas makan terus balik ke Hotel berehat dan tidur sebab esok kami akan ke USS ( Pulau Sentosa ) Lion City di awal pagi....
Saturday, May 19, 2012
Harijadi Adikku ~ 06 Mei 2012
Salam semua bloggers.... Lama dah tak update blog ni bukan pe kwn tak kesempatan memandangkan masa sentiasa mencemburui kwn mana nak kejar dengan kerja dan wat tempahan.... Pada hari ahad tarikh 06hb Mei 2012 merupakan harijadi adik kwn yang ke 31 tahun.... Dah tua dah.... He he he.... Jangan terasa hati tapi biasa la masa berjalan begitu juga dengan usia kita.... Adik kwn mintak kwn wat kek Black Forest deco simple je dan cupcake 16 biji perasa vanila untuk dibawa ke ofisnya.... Adik kwn kata nak bagi kepada kawan-kawan di ofis.... Harap adik kwn berjaya dalam apa jua yang dia ceburi dan sentiasa happy sokmo....
Monday, April 16, 2012
Majlis Makan Malam Bersama YB. PKN ~ 07/04/2012
Majlis Makan Malam untuk Hari Keluarga KEWPER diwat pada 07/04/2012 di Dewan Hang Tuah dan Hang Jebat.... Acara yang diadakan oleh KEWPER adalah Hadiah Anak Cemerlang untuk STPM / SPM, Pertandingan Pakaian Beragam untuk anak-anak ahli KEWPER, Persembahan Sekeluarga (Karaoke), Cabutan Bertuah dan Hamper dimana setiap ahli KEWPER yang hadir pada malam itu dapat hadiahnye dan acara terakhir sekali adalah Hadiah Ibu VOGUE dan Bapa COOL.... Kwn malam tu duduk semeja dengan rakan-rakan ofis sama Unit Khidmat Pengurusan.... Malam tu memang best dan happy sangat dapat tengok gelagat terpendam rakan-rakan ofis dan family diorang semua.... Majlis habis pada pukul tepat 12.00 malam.... Lepas habis kwn bergambar dengan rakan-rakan ofis dan terus balik ke bilik dan tidur.... Keesokkan hari kwn bertolak balik atau check out pada pukul 11.30 pagi selepas diberi KFC pada setiap ahli KEWPER....
Animal Safari ~ 06/04/2012
Sambungan dari cerita Hari Keluarga KEWPER 2 minggu lepas lawatan kwn ke Animal Safari di A' Famosa Resort, Hotel Melaka....
Hari Keluarga KEWPER di A' Famosa Resort Hotel, Melaka ~ 06-08/04/12
Salam kepada semua bloggers.... Dah lama rasanye tak update blog.... Bukan tak buka internet tapi dok hadap Facebook je.... Hari ni kwn berpeluang untuk meluangkan masa untuk bercerita aktiviti kelab sukan Kewangan Negeri Pahang mengadakan Hari Keluarga KEWPER tahun 2012.... Hari Keluarga ni dibuat 2 tahun sekali.... Kelab KEWPER telah berpakat untuk mengadakan Hari Keluarga di A'Famosa Resort Hotel, di Melaka Negeri Bersejarah pada 06 - 08 April 2012.... Kami ahli-ahli KEWPER diberitahu kali ni hari keluarga hanya akan mengadakan aktiviti majlis makan malam bersama Dato' Norzan Pegawai Kewangan Negeri Pahang.... Tiada aktiviti sukanika untuk hari keluarga kali ni dan siapa yang menyertai hari keluarga ini bebas melakukan aktiviti bebas atau family outing memandangkan di A'Famosa Resort itu sendiri terdapat Theme Park seperti Animal Safari, Water World dan Cowboy Town.... Kwn tak berapa suka ke Water World takut bermain air la katakan jadinye kwn gi melawat ke Animal Safari menengok gelagat binatang-binatang yang terdapat di sana.... Seronok jugak dapat tengok binatang-binatang disini tapi rasanye lagi seronok kalau gi ke ZOO Melaka.... Disini binatang terhad dan tak banyak untuk kwn nak lihat.... Letih jugak dok berlegar kat Animal Safari ni dan kwn terus balik ke hotel untuk mandi manda dan berehat sebelum bersiap untuk ke Majlis Makan Malam di Dewan Hang Tuah dan Hang Jebat di sebelah malamnye....
Subscribe to:
Posts (Atom)










