Sunday, June 26, 2011

Chef Ismail dan Chef FloranceTan - Bakeri & Kulinari Produk Anchor ( 26/06/2011 )



Kek Keju Mentega Kacang
Ayam Percik
Bingka Makaroni Keju
Sesi Menyanyi Lagu Hari Raya





Salam semua blogger.... Diharapkan semua dalam keadaan kesihatan yang baik dan ceria sokmo.... Semalam kwn gi ke demontrasi kembara bersama 2 Chef terkenal tanah air iaitu Chef Ismail dan Chef Florance Tan.... Kebetulan hari ahad cuti dah jadi kebiasaan kwn membuat aktiviti menghadiri program masakan dan semalam kwn ke Hotel Vistana dimana demontrasi tu bermula pada pukul 2.00 ptg.... Ramai jugak yang datang ingatkan ramai peserta perempuan tetapi ada jugak peserta lelaki yang hadir.... Sebelum program demo dijalankan Chef Ismail dan Chef Florance Tan berbuat sesi perkenalan dan mengajak para peserta bangun untuk menjalani sesi memanaskan badan dan berjoget.... Lucu jugak kena menari dan berjoget tarian melayu beramai-ramai....
Pukul 3.00 ptg baru demo masakan dijalankan bermula dengan Chef Florance Tan dengan resipi biskut bangkit, biskut cheese tart nenas dan kek keju mentega kacang.... Dok asyik berseloroh dengan peserta sampai biskut tart nenas tu hangus diwatnye.... Manakala Chef Ismail pulak mendemo resipi ayam percik dan bingka makaroni cheese.... Kesemua resipi memang sedap dan berbaloi.... Mana tak sedap pakai produk berunsur susu dari Anchor.... Barang baik harga pun baik masakan pun jadik sedap la lemak dan berkrim.... Sepanjang demo ni dijalankan memang tiada sesi yang membosankan bahkan ramai peserta tidak segan silu bertanya tips-tips dan berjenaka bergurau senda dengan chef berdua ni.... Siap lepas selesai masak kedua chef mengajak para peserta menyanyi lagu hari raya lagi.... Ada pertandingan menyanyi lagu hari raya untuk sape yang nak hadiah apron dan topi produk anchor.... Sebagaimana ramah mereka ni dalam TV sebegitula di luar bersama para peserta.... Setelah habis demo kwn pun tak lepas peluang mencuba masakan yang didemokan dan mengambil gambar bersama kedua-dua chef ni.... Jangan jealous u.... Peluang hanya datang sekali je....

Sunday, June 19, 2011

My Lunch Date







Hari ni kwn dan teman bercadang nak gi lunch di The Legend Resorts di Cherating.... Ini aktiviti hari minggu kwn.... Kwn dan teman saje-saje nak ke The Legend Resorts untuk menghirup udara segar dan mengamati pantainye yang bersih.... Bagus jugak untuk menenangkan otak fikiran dan letih dari kerja.... Dah penat berjalan-jalan di pantai dan tengok budak-budak bermain di swimming pool kwn dan teman gi ke Coconut Grove untuk menikmati makan tengahari al carte.... Dok belek-belek menu jadi kwn memilih Nasi Goreng Bungkus Special, air oren juice dan teman kwn memilih Nasi Goreng Kampung Special dan air milkshake.... Tengok dalam pinggan macam sikit je yang dihidangkan tapi bila dah makan terasa pulak kenyang yang teramat sangat.... Rasa pun boleh tahan sedapnye.... Lepas makan kami pun terus perjalanan balik ke bandar Kuantan semula....

Demo The Chocolate Rush dari Beryl's Gourmet ~ 18/06/2011

Chef Jose

Brownies
Chocolate & Mango Gateaux
Milk Chocolate Cheesecake
Semalam kwn ke demo anjuran Beryl's Gourmet " The Chocolate Rush ".... 2 jenis kek ni ditunjukkan cara buatannye dan bahan utama digunakan adalah dari coklat compound dan conventure Beryl's.... Chef Jose " Joy " walaupun tidak berapa pandai berbahasa melayu tapi beliau seorang yang agak peramah dan tak lokek menunjukkan cara dan memberi tips apabila kita menggunakan coklat dalam membuat kek.... Sebelum ni kwn ingat coklat compound dan conventure hanya khas untuk membuat coklat sahaja tapi apabila kwn gi ke demo semalam baru la tau yang coklat ni boleh digunakan dalam ramuan membuat kek.... Apabila dirasa kek yang chef Joy wat semalam rasanye lagi sedap, lemak berkrim dan mempunyai rasa yang berlainan dari kita menggunakan coklat masakan biasa.... Cara dan teknik pembuatan kek pun tidaklah sesukar yang dijangkakan.... Kwn kagum dengan kek yang chef joy wat semalam dan cara dekorasinye walaupun agar simple tapi nampak macam kek hotel 5 bintang.... Beliau juga mengajar kami cara-cara nak deko dan mencantikkan kek dengan menggunakan coklat dan transfer sheet.... Demo semalam jugak kwn berjumpa dengan rakan blogger kak aidah, kak aida dan kak rokiah....

Wednesday, June 1, 2011

Bajuku Dah Siap Dah..... Glamour Sakan....

Salam semua kengkawan blogger di cana..... Tengah wat pe tentu sesetengah kengkawan tengah berbulan madu bersama keluarga atau bercuti dimana-mana zon di Malaysia al maklum sekarang kan tengah cuti sekolah.... Kwn jugak yang tinggal kat ofis dok hadap keje 3x.... Hari ni kwn dengan gembiranye menerima bungkusan pos laju from En. Sheik Azmi ( bisnes jahit manik ).... Baju kwn yang kwn hantar untuk dijahit manik vesi 3D yang tengah panas-panas ni.... Tengok hasil jahitannye alamak cukup glamour la pulak untuk dipakai dan memang lawa sangat.... Kwn hantar baju ni untuk dipakai pada hari majlis kahwin sepupu kwn yang akan diwat pada bulan 6 ni.... Terima kasih kepada En. Sheik coz sanggup jahit baju kwn yang banyak songeh ni.... Bila lagi nak merasa glamour u jangan marah kengkawan....

Sunday, May 15, 2011

Demo Masakan dari HBi anjuran Bake Mate Enterprise ~ 15/5/2011

Blueberry Fresh Cream Cake
Butter Cookies

Brownies Cheese Cake


Fondant Cookies


Chocolate Lava Cake

Salam di pagi minggu.... Agaknye ramai kengkawan bercuti sehingga esok memandangkan hari selasa 17hb cuti Hari Wesak.... Hari ni kwn bercadang nak ke Bake Mate untuk menengok demo dari Syarikat HBi yang mengeluarkan produk iaitu Butter Mas dan Tropica Coklat.... Demo hari ni mempunyai 5 resipi iaitu Blueberry Fresh Cream Cake, Cookies Fondant, Butter Cookies, Chocolate Lava Cake dan Brownies Cheese Cake.... Setiap yang mendaftar untuk hadir ke demo ni diberi percuma 1 tin Butter mas, Tropica Coklat dan 1 Non Dairy Cream. Walaupun ada resipi yang kwn dah pandai wat tapi kwn saja nak mengisi masa lapang kwn di hari minggu ni.... Tapi yang penting sekali kerja rumah harus didulukan maklum la rumah itu adalah syurga kita.... Walau pandai masak pun kita sebagai perempuan harus pastikan rumah sentiasa kemas dan terurus demi kebahagian keluarga kita.... Berbalik kepada demo tadi ramai jugak yang hadir sampai sesak diwatnye.... Adat la nama pun demo, chef dari HBi menunjukkan cara membuat kek dan biskut dan juga tidak lokek memberi tips dan pantang larang semasa membuat kek dan biskut.... Bayangkan chef kata yang Chocolate Lava Cake tu yang di jual di Domino's Pizza tu dijual dengan harga RM5 sebijik.... Tengok cara membuatnye tak la rumit sangat.... Rasanye memang best....

Sunday, May 8, 2011

Kelas Fondant & Gumpaste ~ 07/05/2011



N3 kali ni kwn ke kelas belajar cara membuat fondant & gumpaste.... Biase le Kelas Masakan Linn jadi sasaran kwn untuk mempelajarinye.... Kebetulan kwn agak free pada hari sabtu ni jadi kwn pun ke kelas fondant.... Ingatkan senang nak adun fondant dan gumpaste ni rupa-rupenye susah jugak.... Letih teramat diwatnye.... Kak Linn sama-sama berpeluh dengan anak muridnye yang tak sabar-sabar nak wat pelbagai cara untuk membentuk bunga, riben dan lain-lain dari fondant & gumpaste ni.... Kwn jugak diberitahu cuaca dan suhu bilik mempengaruhi kekentalan fondant dan gumpaste ni.... Kalau sejuk sangat bancuhan adunan akan menjadi keras dan susah untuk diuli dan mudah pecah dan berderai.... Kadang-kadang terfikir macamana yek org boleh menghias fondant dan gumpaste dengan membuat pelbagai bentuk figurine di atas kek dan cupcake.... Kak Linn jugak berpesan dengan kami supaya jgn cepat mengalah dan sentiasa memcuba hingga berjaya.... Ni hasil tangan kwn dan rakan-rakan yang lain yang tak seberapa al maklum kami budak baru belajar....

Lauk Pauk Ekspress







Kali ni N3 yang kwn cerita bukanlah baru tapi saja nak berkongsi bersama.... Lauk makan tengahari kwn agak simple dan ringkas je.... Lauk hari ni adalah Ikan Bawal Masak Merah, Sayur Kacang Buncis Goreng, Pucuk Ubi Rebus & Sambal Belacan.... Kwn rasa cukup la lauk banyak tu tapi yang penting sekali cukup fibre dan amalkan makanan yang sihat.... Pengambilan nasi pun jangan melebihi 1 setengah cawan setiap kali hidangan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails