Saturday, May 15, 2010

Al-Fatihah


Salam semua kengkawan.... Beberapa hari ni kwn tak dapat nak update N3 kerana Mak Saudara pada mak kwn meninggal pada hari Jumaat lepas.... Arwah berumur dalam 70 lebih.... Arwah sebelum meninggal telah dihantar ke beberapa hospital kerana sakit kencing manis dan darah tinggi.... Arwah telah berada di Hospital Temerloh selama 3 minggu dan atas nasihat doktor arwah kemudian dipindahkan wad ICU di Hospital Pakar Kuantan selama seminggu.... Semasa kwn dan keluarga gi melawat arwah, beliau dalam keadaan sedar dan boleh bercakap, makan dan boleh gerakkan anggota badannye sedikit walaupun dalam keadaan lemah.... Kwn dan keluarga bersyukur arwah masa itu nampak kesihatan arwah mulai sembuh....

Pada keesokkan harinye, kwn dapat berita yang arwah dah koma.... Mungkin semalam merupakan hari terakhir arwah membuka mata dapat melihat semua ahli keluarganye dan saudara mara wat kali terakhir hayatnye.... Tepat pukul 2.00 petang kwn dapat panggilan talipon dari mak kwn memberitahu bahawa arwah dah tiada lagi didunia ni.... Ialah sedih yang amat sangat maklum arwah walaupun pangkat tok saudara tapi arwah sayang kwn dan adik kwn macam cucu dia sendiri.... Kalau ada kenduri kendara tak pernah tinggal mesti jemput kwn dan keluarga kwn ajak makan sama.... Kwn dan adik kwn menumpang kasih dengan arwah maklum kwn dah kehilangan tok dan tokki baik belah mak dan abah begitu juga abah kwn dimana mereka semua meninggal pada tahun lepas....

Arwah tidak dikebumikan di Jerantut tempat kampung arwah tetapi di Tanah Perkuburan Balok.... Senang boleh melawat kubur arwah disini memandangkan semua anak arwah pun dah pindah kerja di bandar Kuantan.... Semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas roh arwah serta diampuni dosa-dosa beliau dimasa hidup atas dunia ini.... Amin..... Al-Fatihah




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails