Tuesday, May 4, 2010

Lauk Nangka, Ikan Pekasam & Daging Masak Merah


Salam semua.... Pada hari ni N3 yang kwn nak share sama kengkawan ialah menu untuk tengahari ni iaitu Lauk Nangka Masak Lemak, Ikan Pekasam dan Daging Masak Merah.... Ok la tu cukup segala fibre dan zat galian.... Bahan-bahan ni kwn beli kat pasar tani masa dok balik ke kampung minggu lepas.... Saje round-round bandar jerantut memang tak sah tak singgah kat tempat macam ni.... Banyak sayur-sayur kampung dan ikan sungai yang susah jugak nak dapat kat bandar....


Lauk Nangka Masak Lemak ni kwn minat sangat dari masa kwn kecik lagi.... Ikan Pekasam ha ni mak kwn punye favorite.... Daging Masak Merah pulak kebetulan daging ni adalah daging kerbau yang masih fresh senang nak dapat kat jerantut.... Selalu kat bandar susah jugak nak dapat daging kerbau yang fresh sembelih hari ni punye.... Sesekali nak jugak makan hidangan yang fresh kan.... Tapi untuk peringatan bagi yang ada penyakit gaot tu jangan makan daging banyak sangat.... Kwn alhamdullilah takat ni tak de la penyakit kronik semua boleh makan tapi kena jaga-jaga jugak maklum umur dah nak capai 40an....

Jadi sesiapa yang tengah memikir apa menu nak dimasak untuk tengahari ni boleh le ikut menu kwn ni.... Selamat menjamu selera kengkawan semua....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails