Tuesday, May 11, 2010

Sabun Quantum Fusion Excel


Hari ni kwn nak kongsi story dimana kwn dapat 1 jenis sabun muka dari ofismate.... Beliau ni wat keje sambilan jadi dealer masuk bisnez jualan langsung (MLM) iaitu Fusion Excel.... Pada asalnye beliau perkenalkan killer punya barang iaitu Quantum Pendant yang diperbuat dari batu gunung berapi.... Gunung berapi mana tak tau pulak kwn maklum kwn ni jenis tak minat dengan barangan MLM ni.... Bukan tak nak sokong kwn punye bisnes tapi banyak sangat dah barangan berunsur kesihatan dipasaran.... Dengan pendant, sabun, tapis air, makanan tambahan, susu, pil-pil, minuman untuk langsing dan mcm-mcm lagi....

Ok la kwn nak tunjuk kengkawan sejenis sabun dari Fusion Excel yang diberi secara percuma kepada kwn oleh ofismate kwn ni.... Kwn diberitahu yang sabun tersebut banyak fungsinye dan mahal harganye kalau tak silap dalam RM100++ .... Sabun tu putih warnanye dan besar sikit dari duit RM0.50.... Kwn tabik kat beliau ni sanggup bersusah payah gi ke KL petang tu dan balik tengah malam tu jugak semata-mata nak bagi kwn dan ofismate-ofismate yang lain sabun ni secara free.... Kwn nampak beliau ni jenis berusaha dan gigih wat bisnes ni.... Teruskan usaha....
Berbalik kepada sabun tadi ia dpanggil sebagai Quantum Beauty Bar (QBB).... Ia menggunakan Scalar Energy Technology.... Fungsinye untuk mengebu, memutih, mencerah dan menegangkan kulit....Boleh dikira All in 1 skincare solution.... Sabun ni jugak bertindak melambatkan proses penuaan dan mengurangkan kedutan dkulit muka.... Cara menggunakan sabun tersebut ialah dengan lumur kan air dengan sabun hingga ia berbuih dan sapu ke muka selama 15 - 20 minit.... Kemudian baru basuh.... Disyorkan guna 2 -3 kali sehari tiap-tiap hari....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails